Presiden CCM, Biskop Bolly Lapok mengingatkan para perwakilan perhimpunan agung CCM bahawa gereja harus setia kepada panggilannya (Foto: The Star Online) |
Untuk kali pertamanya Biskop Besar Katolik Kuala Lumpur, Rev. Julian Leow menghadiri Perhimpunan Agung Council of Churches of Malaysia (CCM) yang diadakan tiga tahun sekali dan yang berlangsung untuk kali ke-15.
Di perhimpunan itu pemimpin-pemimpin dari Lutheran Church of Malaysia, Evangelical Lutheran Church of Malaysia, Basel Christian Church of Malaysia dan Protestant Church of Sabah, Anglican Church Diosis Malaysia Barat, Sabah dan Kuching bersama dengan Biskop Methodist Church di Malaysia, dan Biskop-biskop Roman Katolik Diosis Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bergabung bersama untuk memperingati deklarasi bersama Doktrin Pembenaran.
Rev Dr Hermen Shastri mengalu-alukan Biskop Besar Leow, dengan mengatakan bahawa ianya adalah satu penghormatan yang bersejarah untuk beliau hadir bersama dengan Biskop Pulau Pinang, Rev Sebastian Francis.
Dalam ucapannya, Rev Leow berharap bahawa ianya adalah permulaan baru untuk semua gereja-gereja di Malaysia untuk berdiri bersama untuk iman dan pembangunan negara.
Perhimpunan 74 pemimpin-pemimpin gereja peringkat kebangsaan telah diadakan di Pulau Pinang selepas selang waktu 15 tahun, dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng hadir sebagai tetamu kehormat.
Setiausaha agung World Council of Churches, Dr Olav Tveit juga telah mengutus salam persekutuan antara gereja kepada perhimpunan itu, yang juga merupakan peristiwa penting untuk gereja Malaysia menjelang ulang tahun ke-500 Reformasi Lutheran.
Presiden CCM Biskop Bolly Lapok juga merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas presiden Biskop Philip Lok dan juga bekas anggota-anggota lembaga pengurusan dan jawatankuasa eksekutif untuk dedikasi dan kebijaksanaan mereka.
Dia mengingatkan para perwakilan bahawa gereja mestilah setia kepada panggilannya dan membicarakan mengenai tema perhimpunan untuk tiga tahun seterusnya, "Apakah yang dituntut TUHAN daripadamu?" dari Mikha 6:6-8.
"Digabungkan dengan penyelidikan Dr. Vincent Ooi dan Father Gerard Theravium mengenai tema itu, kita berkumpul dan didorong untuk menggerakkan sidang-sidang jemaat kita untuk menegakkan keadilan, mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hati," katanya.
Perhimpunan itu juga mendukung kenyataan daripada Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak (ACS) mengenai "Hak Autonomi dan Hak Berperlembagaan Yang Asasi", bertarikh 26 April 2016.
Ianya menegaskan semula bahawa jaminan kebebasan beragama adalah hak berperlembagaan yang asasi dan menyeru kepada Kerajaan untuk menjalankan tanggungjawabnya untuk menjamin hak ini untuk rakyat Malaysia.
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel The Star Online bertajuk, "A First For Council Of Churches" bertarikh 9 Mei 2016)
Presiden CCM Biskop Bolly Lapok juga merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas presiden Biskop Philip Lok dan juga bekas anggota-anggota lembaga pengurusan dan jawatankuasa eksekutif untuk dedikasi dan kebijaksanaan mereka.
Dalam ucapan presidennya, Biskop Lapok berkata bahawa setiap perhimpunan ada sesuatu untuk diajarkan kepada generasinya dan generasi akan datang, sebagai satu forum untuk merenungkan persoalan-persoalan etika dan awam.
Dia mengingatkan para perwakilan bahawa gereja mestilah setia kepada panggilannya dan membicarakan mengenai tema perhimpunan untuk tiga tahun seterusnya, "Apakah yang dituntut TUHAN daripadamu?" dari Mikha 6:6-8.
"Digabungkan dengan penyelidikan Dr. Vincent Ooi dan Father Gerard Theravium mengenai tema itu, kita berkumpul dan didorong untuk menggerakkan sidang-sidang jemaat kita untuk menegakkan keadilan, mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hati," katanya.
Para perwakilan bergambar semasa Perhimpunan Agung CCM ke-15 (Foto: Facebook/Chik Bu Kok) |