Sabtu, 23 Julai 2016

Filem "Hillsong - Let Hope Rise" Akan Ditayangkan Di Pawagam Pada 16 September 2016


"Sampai penghujungnya kejayaan kami bukanlah mengenai kami. Ianya segala-galanya mengenai Tuhan. Tanpa-Nya tidak ada apa-apa lagi" - Brian Houston, senior pastor Hillsong Church.

Filem pertama mengenai band megachurch Australia, Hillsong United akan ditayangkan di Amerika Syarikat pada September (2016). Michael John Warren, yang telah mengarahkan “Hillsong – Let Hope Rise,” berkata bahawa bekerjasama dengan band itu telah menjadikannya seorang yang lebih baik walaupun dia bukanlah orang percaya.

Filem yang dinanti-nantikan itu mengisahkan perjalanan band penyembahan pemenang anugerah Billboard dari Australia, Hillsong United, yang telah bermula di Sydney pada 1998 sebagai kegiatan masa lapang untuk pemuda-pemudi di gereja, yang telah sejak itu bertumbuh menjadi sensasi global. Band itu dipimpin oleh Joel Houston, anak lelaki Brian dan Bobbie Houston, dan kesemua anggota band yang merupakan samada sukarelawan atau kakitangan gereja yang dikenali secara antarabangsa ini.

“Misi mereka – tanpa tokok tambah – adalah untuk mencipta muzik untuk menyelamatkan jiwa-jiwa.  Mereka berusaha untuk membawa orang untuk menemukan Yesus,” Warren, yang pernah bekerjasama dengan Jay Z dan Nicki Minaj, di antara bintang-bintang Hollywood lain, berkata dalam satu kenyataan dalam laman filem itu. “Itu kemungkinan tujuan yang paling murni untuk mencipta muzik. Samada anda orang yang beragama atau tidak, adalah sukar melihat itu tanpa perasaan baik mengenainya. “

“Saya bukan seorang yang beragama,” tambahnya, “tetapi saya telah belajar sesuatu dari bekerja dengan dan berkawan dengan anggota-anggota Hillsong United. Mereka orang yang sangat bagus. Mereka memberi dengan ikhlas. Mereka memberi sokongan dengan ikhlas. Saya tidak punya kepercayaan yang sama dengan mereka, tetapi saya sedang mempelajari daripada mereka dan sedang mengikuti pelajaran daripada mereka, dan saya percaya saya telah menjadi orang yang lebih baik setelah menghabiskan setahun menyelidik mengenai mereka.


“Misi mereka - tanpa tokok tambah - adalah untuk mencipta muzik untuk menyelamatkan jiwa-jiwa. Mereka berusaha untuk membawa orang untuk menemukan Yesus"  - Michael Warren.

“Hillsong – Let Hope Rise” diterbitkan oleh Jonathan Bock dari Grace Hill Media, bersama dengan Matthew Weaver dan Ben Field. Phil Cooke dari Cooke Pictures telah dinamakan sebagai salah seorang penerbit eksekutif, bersama dengan Wayne Hughes Jr. dan Greg Campbell dari Cantinas Entertainment, yang mendanai projek itu.

“Harapan saya adalah filem ini akan memberi orang perspektif baru mengenai bagaimana sebenarnya pengalaman untuk percaya kepada Yesus, dan apa ertinya menjalani hidup yang mencerminkan kasih dan penerimaannya,” kata anggota band Jad Gillies sebelum ini. “Saya berharap ini akan mendorong mereka yang tidak pernah melangkah ke dalam gereja bahawa gereja boleh menjadi tempat yang selamat bagi mereka –  di mana mereka dapat merasa selesa, didorong dan terinspirasi untuk melakukan perkara besar.”

Pada 2013, album studio ketiga Hillsong United, Zion telah mencapai tempat teratas di carta-carta album Kristian di Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Pada 2014, band itu mencapai kemenangan pertama kali di American Music Awards dan pada bulan Mei, mereka memenangi anugerah muzik Billboard untuk kategori Artis Kristian Terbaik sebelum pelancaran album studio keempat mereka, Empires.

Joel sebelum ini telah memberitahu The Christian Post bahawa walaupun pengiktirafan-pengiktirafan itu memberi dorongan, tujuan band itu adalah sentiasa untuk sesuatu yang lebih besar daripada pengiktirafan industri muzik.

"Saya merasa anugerah ini adalah untuk ramai orang di gereja kami dan yang lain-lain di sekeliling dunia yang dengan setia memberikan masa dan tenaga mereka minggu demi minggu, seringkali di belakang tabir dan tidak memiliki keinginan untuk pengiktirafan atau tepukan, Joel memberitahu Christian Post pada Mei 2015. "Lagu-lagu ini dan apa pun yang dicapai oleh lagu-lagu itu, ianya adalah cuma hasil daripada semangat tinggi untuk melayani Tuhan dan orang-orang lain."     

Dia juga berkongsi bahawa tidak pernah menjadi tujuan band itu untuk menulis muzik yang "cool", tetapi sebaliknya untuk berkongsi kisah yang menakjubkan mengenai Yesus.

"Saya tidak berusaha untuk menulis lagu-lagu yang "cool" atau "hip" ataupun juga mengikuti edaran masa dengan apa yang ada di radio," katanya. "Kami cuma secara ikhlas cuba menulis lagu-lagu yang dengan tulus mencerminkan Tuhan yang kreatif dan muzik yang membantu orang berhubungan dengan Tuhan."

Hillsong, yang ibu pejabatnya di  Sydney, memiliki gereja-gereja di sekeliling dunia dengan kehadiran mingguan lebih dari 100,000 orang, termasuk gereja-gereja yang bertumbuh pesat di New York dan Los Angeles.  Anggaran 50 juta orang menyanyikan lagu-lagu mereka pada hari setiap Ahad.





(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel The Christian Post bertajuk, "'Hillsong - Let Hope Rise' Film Director Says He Is Not A Believer, But Praises Worship Band's Mission To 'Make Music To Save Souls'" yang ditulis oleh Benge Nsenduluka bertarikh 20 Julai 2015)