Selasa, 24 Januari 2017

Adakah Meminum Alkohol Satu Dosa?


Oleh Pastor Bobby Conway:

Alkitab cukup banyak ayat mengenai meminum alkohol, dan hal ini jelas - Alkitab tidak mengutuk meminum secara sederhana, sebenarnya ianya melarang kemabukan. 

Alkitab berkata janganlah jadi mabuk oleh anggur tetapi hendaklah kamu penuh dengan Roh Kudus. Untuk dipenuhi dengan Roh Kudus bererti dikuasai oleh Roh Kudus. Apabila seseorang mabuk oleh alkohol, mereka tidak lagi mempamerkan penguasaan diri, sebenarnya mereka sudah di luar kawalan. Oleh itu kita mesti menjauhi kemabukan dengan sesungguhnya.

Berkenaan dengan alkohol dan peminuman, berikut adalah beberapa tip atau beberapa hal yang perlu dipertimbangkan. 

Yang pertama, bila anda minum, pastikan anda tidak diperhambakan olehnya dan bahawa anda minum dengan kesederhanaan.

Keduanya, pastikan anda tidak menjadi batu sandungan kepada mereka yang mungkin sedang bergumul dengan alkohol, atau menyalahgunakannya. Jadilah peka kepada konteks di sekeliling anda.

Ketiga, pastikan anda menjadikan Yesus Kristus sebagai Tuan yang sesungguhnya atas anda, sebab kita tahu bahawa Firman mengatakan bahawa tak seorangpun dapat mengabdi kepada dua tuan.

Untuk saya secara peribadi, saya sudah tidak minum sejak 9 Oktober 1994, iaitu hari saya telah bebas dari kemabukan. Jadi saya sudah bebas untuk lebih daripada 20 tahun. Dan saya tidak minum lagi, oleh sebab saya tidak tahu meminum alkohol dengan bijak. Saya selalu meminum melebihi tahap sederhana dan saya selalu minum sehingga mabuk.

Isteri saya, sebaliknya, dia sangat sederhana, dia boleh seimbang, dia boleh menikmati segelas wain. Saya sebenarnya telah bebas begitu lama sehingga saya boleh menuangkan untuknya segelas wain dan dia boleh minumnya dengan kesederhanaan.

Jadi anda perlu kenal siapa diri anda, dan bagaimana Tuhan telah secara unik membentuk anda. Bagi saya, saya tidak fikir ianya dosa untuk saya meminum segelas wain, tetapi saya menjauhinya sebab saya tidak yakin bahawa saya dapat kekal dengan satu gelas.

Jadi saya fikir adalah paling bijak untuk kita tidak minum langsung sebab kita tidak tahu samada keperibadian kita akan menyebabkan kita terjerat dan menyalahgunakannya. Pada waktu yang sama, saya percaya ianya mungkin untuk meminum dengan bijak, meminum dengan bijak ialah meminum dengan sederhana.



(Diterjemahkan oleh SDP daripada video One Minute Apologist bertajuk, "Is Drinking Alcohol A Sin?" oleh Pastor Bobby Conway bertarikh 14 Ogos 2015)