Isnin, 23 Januari 2017

Mengapa Pergi Ke Gereja?

Mengapa pergi ke gereja?

Seorang anggota gereja menulis surat kepada pengarang suratkhabar dan mengadu bahawa tidak ada ertinya pergi ke gereja setiap hari Ahad.

Saya telah ke gereja untuk 30 tahun, tulisnya, dan dalam masa itu saya telah mendengar lebih kurang 3,000 khutbah. Tapi macam mana pun, saya tidak dapat ingat satu pun daripadanya. Jadi saya fikir bahawa saya sedang membuang masa saya dan pastor-pastor juga membuang masa mereka dengan menyampaikan khutbah. 

Ini telah benar-benar menimbulkan kontroversi dalam ruangan "Surat kepada Pengarang", yang menggembirakan hati pengarang itu. Perkara itu terus dibincangkan selama berminggu-minggu sehingga seorang lelaki menulis kata akhirnya:

Saya sudah berkahwin 30 tahun. Dalam masa itu isteri saya telah memasak lebih kurang 32,000 hidangan. Tapi macam mana pun, saya tidak dapat ingat seluruh menu untuk satu pun daripada hidangan itu. Tetapi saya tahu ini: Hidangan-hidangan itu telah mengisi perut saya dan beri saya kekuatan yang saya perlukan untuk bekerja. Jika isteri saya tidak memberi saya hidangan-hidangan itu, saya sudah mati secara jasmani hari ini. Begitu juga, jika saya tidak pergi ke gereja untuk diberi makan rohani, saya sudah mati secara rohani hari ini!

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Dormition in Concord bertajuk "Why Go To Church?" bertarikh 29 November 2014)