Sabtu, 11 Mac 2017

Ketua Polis Negara: Pendedahan Penangkapan Tidak Akan Menjejaskan Nyawa Pastor Koh


PETALING JAYA: Pengumuman penangkapan seorang suspek dalam penculikan Pastor Raymond Koh tidak akan menjejaskan nyawa pastor itu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Ya, biasanya kita tidak akan katakan apa-apa dalam kes-kes seperti ini, tetapi penangkapan itu telah dilakukan dengan bantuan keluarga, jadi kita fikir bahawa ianya ok untuk dimaklumkan," katanya semasa majlis penutupan program inisiatif kepolisian modern  di sini hari ini. 

Pada hari Khamis, seorang lelaki berusia 32 tahun telah ditangkap di Ampang, hampir sebulan selepas penculikan Koh. 

Lelaki itu telah menghubungi keluarga Koh sehari sebelum penangkapannya dan meminta wang untuk menjamin perlepasannya. 

Dalam satu surat terbuka, Majlis Gereja-Gereja Sedunia (WCC) telah merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk mempergiatkan lagi siasatan mengenai penculikan itu.  

"Saya dengan hormatnya memohon agar tuan mengarahkan peningkatan penyiasatan berkenaan penculikan Pastor Koh untuk mengenal pasti lokasinya, dan memastikan perlepasan dan pengembaliannya dengan segera kepada keluarga," begitu kata setiausaha agungnya, Rev Dr Olav Fykse Tveit. 

WCC adalah persekutuan lebih daripada 348 gereja dari lebih 110 negara dan wilayah, dan mewakili lebih daripada 560 juta orang Kristian.

(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel The Star Online bertajuk, "IGP: Disclosure Of Arrest Won't Jeopardise Pastor Koh's Life" bertarikh 11 Mac 2017)