Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di sidang akhbar di Kulai, 20 Mac 2017 - Bernama |
Dia mengulangi nasihatnya kepada orang-orang awam agar tidak terlalu memberi publisiti kepada kes itu agar polis dapat menjalankan siasatan mereka dengan lancar.
"Terlalu banyak spekulasi di media mungkin membahayakan mangsa. Saya bimbang, sebab sekarang siasatan kita buntu kerana kita tidak ada maklumat lanjut mengenai pastor ini. Saya percaya ianya adalah kerana terlampau banyak publisiti.
"Kepada media, individu-individu dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang ingin terlibat dalam kes-kes penculikan, tutuplah mulut anda; anda meletakkan mangsa dalam tahap bahaya yang tinggi," dia memberitahu wartawan hari ini, berkenaan penculikan Pastor Koh yang berlaku pada 13 Februari.
Mengenai kes yang melibatkan seorang pemandu sambilan Uber yang telah didakwa memeras RM30,000 daripada Jonathan, anak Koh, di Paradigm Mall pada 9.46 malam pada 6 Mac, Khalid berkata lelaki itu tidak terlibat dalam penculikan pastor itu.
"Orang-orang yang telah menculik Pastor Raymond jelas sekali sangat teliti dan apabila orang ramai terus menghebohkannya sehingga seluruh dunia pun tahu, kita tidak dapat pastikan apa yang telah berlaku kepadanya.
"Tiada petunjuk lagi sekarang. Saya bersama dengan keluarga itu. Kami juga bimbang," tambahnya.
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel The Sun Daily bertajuk, "No Leads In Abduction Of Pastor Raymond Koh: Khalid" bertarikh 20 Mac 2017)