Rabu, 31 Mei 2017

Hannah Yeoh: Ahli Politik Tanpa Dirancang


Oleh Mariam Mohktar:

Siapa yang menyangka ianya boleh terjadi? Tiga tahun selepas penerbitannya, satu saja laporan polis terhadap autografi politik Hannah Yeoh, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, akan menyebabkan bukunya menjadi bestseller politik. 

Tidak ramai daripada kita tahu bahawa Hannah Yeoh telah menulis buku, "Becoming Hannah: A Personal Journey", sehinggalah ianya menjadi tumpuan Pengarah Institut Malaysian Political Analysis (Mapan) di Universiti Utara Malaysia, Kamarul Zaman Yusoff.

Seperti yang dinyatakan oleh Kamarul Zaman dalam catitan Facebooknya, membaca buku itu telah menyebabkannya "kagum" Tuhan Hannah Yeoh, walaupun dia tidak bersetuju dengan kisah-kisah dan petikan-petikan yang daripada Bible. 

Ya, sesetengah orang mempunyai cara yang pelik untuk menyatakan kekaguman mereka, sebab Kamarul Zaman kemudiannya mencatit di laman Facebooknya bahawa Hannah mempunyai agenda Kristian, yang cuba menginjil dan boleh mempengaruhi orang-orang lain dengan kepercayaan Kristiannya. Begitu yakin bahawa orang-orang Muslim dalam keadaan berbahaya, Kamarul Zaman membuat laporan polis bahawa Hannah cuba memurtadkan orang-orang lain.

Buku itu lebih luar kebiasaan lagi kerana Yeoh adalah seorang ahli politik DAP dan dalam iklim politik yang kita alami, ramai orang Melayu telah diberitahu untuk berjaga-jaga terhadap DAP dan dasar-dasarnya. Namun begitu Kamarul Zaman rasa perlu untuk membaca bukunya. 

Di negara di mana gurauan biasa adalah 97 peratus penduduknya membaca lebih kurang dua setengah mukasurat setahun, jelas sekali bahawa Kamarul Zaman adalah dalam kategori tiga peratus, dan itu menjadikannya lebih menarik lagi. Oleh kerana buku Yeoh ditulis dalam Bahasa Inggeris, ianya menyebabkan kebimbangannya, bahawa Yeoh boleh memurtadkan, lebih tak masuk akal lagi. 

"Becoming Hannah" adalah buku mengenai iman, kepercayaan, komunikasi dan pengharapan Hannah. Iman pada dirinya, kepercayaan pada kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga, dan dalam komunikasi yang penting untuk menjayakan perhubungan. Oleh kerana dia adalah seorang Kristian yang alim, ianya adalah secara semulajadi kisah mengenai doanya, tanda-tanda daripada-Nya, serta iman dan kepercayaannya kepada Tuhan. Mesej yang tersirat juga mengenai pengharapan. Harapan untuk generasi muda dan masa depan Malaysia.

Isi Kandungan Utama Buku

Isi kandungan utama bukunya adalah mengenai bagaimana dia telah menjadi ahli politik tanpa dirancang. Mengenai berada di waktu dan tempat yang tepat. Ianya juga mengenai kesukaran dan keupayaannya untuk mengatasi semua rintangan dalam perjalanannya. Ketila dia bertanding dalam pilihanrayanya yang pertama, baru menikah sebulan, dengan hanya RM700 dalam akaunnya dan akaun suaminya, dia terpaksa berhadapan dengan jentera BN, yang mempunyai sumber dan kewangan yang tidak terbatas. Adalah kemurahan penduduk-penduduk di kawasannya yang muncul untuk menyelamatkannya. Kawan-kawan paling karibnya dan orang-orang yang tidak dikenalinya telah menawarkan masa mereka secara sukarela untuk menggerakkan kempennya.

Jelas sekali, buku Hannah berbaloi untuk dibaca, sebab untuk penggal yang pertama dia telah memenangi dengan majoriti 13,851 undi, dan dalam pilihanraya kedua, telah memenangi majoriti yang lebih besar 28,069 undi.

Buku ini terdiri dari dua bahagian, dan yang pertama menyentuh mengenai imannya. Dalam dirinya. Untuk melakukan apa yang diperlukan sebagai anak perempuan yang bertanggungjawab, seorang peguam yang baru tamat pengajian, seorang isteri dan ibu muda, dan seorang anggota gereja. Dia mengatasi semua cabaran dengan rujukan kepada Bible, dan seandainya dia adalah Muslim, akan memberi rujukan kepada kehidupan Muhammad sebagai pedoman kehidupan hariannya.

Dia menceritakan bagaimana, semasa usia mudanya, terdapat berjuta-juta muda-mudi Malaysia yang lain telah melihat bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad sebagai tokoh yang telah Malaysia di persada dunia: Menara Berkembar Petronas, KLIA, Suria KLCC, Litar Lumba Antarabangsa Sepang....

Setelah kepulangannya dari Tasmania, setelah tamat pengajian, Yeoh terasa sedikit murung dan tidak pasti apa yang ingin dilakukannya dalam hidupnya. Pengaruh sepupunya, dan juga pemakaian nama baru Kristian, Hannah, untuk "kelahiran barunya", telah membantunya bangkit semula. Pertemuan dengan bakal suaminya adalah suatu kejadian yang luar dari kebiasaan kerana ianya bukanlah kisah jatuh cinta pada pandangan pertama yang biasa.

Dalam bahagian kedua bukunya, dengan keyakinan dirinya yang baru, dia mengatakan mengenai pengorbanan, dan tertanya-tanya samada ahli-ahli politik wanita yang lain juga merasakan seperti yang dirasainya. Dia juga menceritakan mengenai penduduk-penduduk kawasan yang menganggap ahli-ahli dewan undangan dan ahli-ahli parlimen sebagai penyelesai masalah, dan bukan sebagai penggubal dasar. Pengiraan yang salah untuk undinya menyedarkannya kepentingan wakil pilihanraya.

Yeoh menceritakan dengan perasaan kasih mengenai senior-senior DAP yang telah memberikannya nasihat yang baik. Teresa Kok, yang seperti seorang "Kak Long" mengajarnya bagaimana berpakaian sebagai wakil rakyat. dan untuk menyediakan portfolio foto yang menunjukkan interaksinya dengan rakyat. Lim Kit Siang yang sangat ingin mendengar pandangan orang-orang muda sepertinya, dan menggalakkan parti untuk menyerapkan pandangan generasi muda. Dia sangat terkagum ketika dia menyaksikan Anwar Ibrahim mempersonakan para pendengar ucapannya.

Yeoh memberi penghargaan kepada kawan-kawannya, pembantu-pembantu rapatnya dan terutama keluarganya. Secara khusus ibunya, ayahnya dan sepupunya, Shelly. Pujian khas diberikan kepada suaminya, Ram, kerana tanpanya, dia tidak akan dapat berjaya.

"Becoming Hannah" telah ditulis dengan sangat berterus terang dan ianya boleh saja dengan mudah menjadi buku mengenai majoriti daripada kita, yang tidak mempunyai kecenderungan politik, yang merungut mengenai negara, tetapi sebaliknya telah menjadi kisah seorang wanita yang menjadi ahli politik tanpa dirancang.

Aspek kedua terbaik mengenai membaca buku Hannah adalah selepas membacanya, iman Muslim saya masih kukuh; tetapi mereka di antara kita yang imannya terumbang-ambing, mungkin melihat orang-orang lain sedang cuba memurtadkan.

(Diterjemahkan daripada artikel Malaysiakini bertajuk, "Hannah Yeoh: The Accidental Politician" yang ditulis oleh Mariam Mokhtar bertarikh 29 Mei 2017)