Jumaat, 21 Julai 2017

Cahaya Pelangi Di Bahtera Nuh: "Orang-Orang Kristian Perlu Ambil Kembali Pelangi"


Pengasas taman tema bahtera Nuh di Williamstown, Kentucky berkata bahawa bahtera Nuh yang bersaiz sebenar di taman itu kini mendapat cahaya pelangi secara tetap. 

Ken Ham, pengasas The Ark Encounter, telah memberitahu peminat-peminat di media sosial bahawa taman itu telah memasang cahaya pelangi itu "untuk mengingati dunia bahawa Tuhanlah yang memilikinya dan Dia telah memerintahkannya sebagai tanda perjanjian-Nya dengan manusia selepas Bah Besar."

"Orang-orang Kristian perlu mengambil kembali pelangi seperti yang kami lakukan di Ark Encounter," kata Ham.

Aktivis LGBT Gilbert Baker yang telah asalnya mencipta konsep menggunakan pelangi sebagai simbol pergerakan hak asasi gay. Pada 1978, ahli politik San Francisco, Harvey Milk telah meminta Baker mencipta sebuah bendera untuk perarakan tahunan gay. Baker telah mencipta bendera pelangi dan sejak itu ianya telah menjadi simbol untuk pergerakan hak asasi gay. 

Walaupun orang-orang Kristian tidak senang selama bertahun-tahun melihat simbol Alkitab yang suci menjadi ikon pergerakan gay, Ken kelihatannya adalah tokoh awam yang pertama untuk mengambil pendirian dan mengingatkan orang ramai asal usul pelangi itu.

Kitab Kejadian fasal yang kesembilan menerangkan bagaimana Tuhan telah mencipta pelangi selepas Bah Besar dan memberitahu Nuh bahawa ianya adalah tanda perjanjian-Nya bahawa Dia tidak akan lagi menghantar bah yang akan membinasakan seluruh kehidupan di bumi.

Taman tema Ark Encounter itu telah dibuka kepada umum setahun yang lalu.

Bahtera sepanjang 510 kaki itu adalah setinggi lebih kurang 80 kaki. Ianya adalah taman tema yang mempunyai kaitan dengan Creation Museum di Petersburg, Kentucky. 

(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel CBN News bertajuk, "New Noah's Ark Lights: 'Christians Need To Take Back The Rainbow'" yang ditulis oleh Heather Sells bertarikh 20 Julai 2017)