Bulatan berpusat pada 106.6 darjah Timur, 26.6 darjah Utara, diluiskan berdasarkan GMT, dihasilkan oleh BCMM - Brilliant Maps |
Seperti yang ditunjukkan oleh bulatan yang telah dihasilkan oleh Brilliant Maps, lebih ramai orang tinggal di dalam bulatan ini berbanding di luarnya.
Manakala peta itu kelihatan menghairankan pada pandangan pertama, ianya sebenarnya tidak, sekali kita mengambil kira bahawa ianya mengandungi semua atau hampir semua negara dengan populasi terbesar di dunia: China, India, Indonesia (keempat), Pakistan (keenam), Bangladesh (ketujuh) dan Jepun (kesepuluh).
Dan menurut World Population Prospects 2017, satu laporan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah dikemaskini baru-baru ini, populasi dunia akan mencapai jumlah mengejutkan 9.8 bilion menjelang 2050. China (dengan populasi kini 1.4 bilion penduduk) dan India (dengan populasi kini 1.3 bilion) akan kekal sebagai dua negara terbesar populasi, dan Nigeria akan mengatasi Amerika Syarikat untuk menjadi negara ketiga paling besar populasi di dunia.
Laporan itu menganggarkan bahawa dalam masa tujuh tahun, atau sekitar 2024, populasi India dijangka akan melebihi populasi China.
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel World Economic Forum bertajuk, "More People Live Inside This Circle Than Outside It..." yang ditulis oleh Cristina Casabon bertarikh 18 Julai 2017)