Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang kawan Kristian: "Adakah kita orang Kristian masih di bawah hukum Taurat dan memberi persepuluhan?"
Soalan yang menarik dan saya ingin menjawab soalan itu. Dengan ringkas, saya boleh nyatakan di sini bahawa saya percaya kepada pemberian persepuluhan bukanlah semata-mata kerana Taurat, tetapi kerana Pola, Prinsip dan Pentingnya Persepuluhan.
Biarlah saya mulakan dengan Polanya.
Pola (Pattern) Persepuluhan
Persepuluhan tidak bermula dengan Taurat! Lama sebelum adanya Musa dan Taurat, Abrahamlah yang telah menjadi pelopor memberi persepuluhan. Dalam Kejadian 14:17-20, Abraham dicatit telah memberikan persepuluhan kepada Melkisedek, imam Allah. Dengan itu Abraham telah menjadi Pola dan Teladan dalam memberi persepuluhan.
Siapakah Abraham itu? Dia adalah Bapa Iman kita (baik orang-orang Yahudi mahupun orang Kristian mengakuinya demikian). Dan dia telah menunjukkan satu pola yang kemudian juga menjadi sebahagian daripada Taurat.
Siapakah Melkisedek itu? Ibrani fasal 7 mengaitkan Melkisedek dengan Imam Besar kita, Yesus Kristus! Jadi pemberian persepuluhan Abraham itu bukan hanyalah satu pemberian pada zamannya semata-mata, tetapi mempunyai erti perlambangan yang besar bagi kita yang hidup dalam Perjanjian Baru, iaitu membayangkan pemberian kepada Imam Besar kita, Yesus.
Selain Abraham, Yakub (yang juga hidup sebelum adanya Taurat) juga memberi persepuluhan. Dia bernazar memberi persepuluhannya dalam Kejadian 28:20-22. Ini satu lagi tokoh Bapa leluhur kita yang memberi persepuluhan. Yakub mengikut jejak datuknya, Abraham dalam memberi persepuluhan.
Mengapakah Pola dan Teladan Abraham dan Yakub itu penting?
Marilah saya tunjukkan satu Pola dan Teladan yang terulung dalam Alkitab, yang juga telah terjadi sebelum adanya Taurat (sebenarnya dari Penciptaan Dunia lagi!).
Kejadian 2:1-2 menyatakan bahawa Allah bekerja enam hari untuk menyelesaikan pekerjaan-Nya dan berehat pada hari yang ketujuh. Inilah Pola dan Teladan yang terulung dalam buku Kejadian! Sebelum ada Taurat, sebelum adanya ajaran mengenai Hari Sabat, Allah sendiri telah menunjukkan Pola dan Teladan-Nya untuk diikuti kita.
Adakah kita mengikuti pola dan teladan Ilahi itu? Ya tentu saja! Kita orang-orang Kristian mengamalkan hari ibadah dan hari beristirehat seminggu sekali. Kita mengikutinya walaupun kita adalah Kristian dan kita katakan bahawa kita tidak lagi di bawah Taurat. Mengapakah kita merayakan Hari Sabat walaupun kita tidak lagi di bawah Taurat?
Jawapannya ialah kerana Allah telah memberikan Pola-Nya dan Teladan-Nya sejak Penciptaan dunia, dan kita mengikuti jejak-Nya.
Salahkah kita mengikuti jejak Abraham dan Yakub dalam memberi persepuluhan?
Kalau Sdr belum yakin, bacalah yang seterusnya...
Pola itu menjadi Peraturan!
Peraturan (Precept) Persepuluhan
Adakah Tuhan benar-benar mahu kita berehat sehari dalam seminggu? Ya tentu sekali. Dia telah menunjukkan Pola dan Teladan-Nya. Dan jika itu tidak cukup bagi kita (manusia yang keras kepala), Tuhan meletakkannya dalam Taurat melalui Musa. Dengan itu sangat jelas Allah mahu kita mengadakan hari rehat, yang disebut Hari Sabat dalam Taurat:
Begitu juga dengan persepuluhan. Bukan saja Abraham Bapa Iman dan Leluhur kita telah menunjukkan pola dan teladannya, Allah sendiri telah memasukkan hukum pemberian persepuluhan itu ke dalam Taurat. (Jangan kamu kata Musa yang memasukkan persepuluhan itu dalam Taurat, Musa hanya hamba saja yang menyampaikan apa yang Allah katakan kepadanya).
Jadi jelas tertulis dalam Taurat bahawa kita harus mengamalkan Hari Sabat dan memberi Persepuluhan . Tapi ingat kedua-duanya sudahpun ditunjukkan melalui Pola dan Teladan sebelum dimaktubkan sebagai Peraturan dalam Taurat Tuhan.
Prinsip (Principle) Persepuluhan
Ya, saya tahu ada yang akan mengatakan bahawa kita hidup dalam Perjanjian Baru, kita tidak lagi tertakluk kepada hukum Taurat, kita hidup sekarang dalam kasih karunia.
Tapi ingat, saya dari awal telah katakan saya percaya kepada persepuluhan bukan semata-matanya kerana Taurat. Saya percaya kepada persepuluhan kerana Prinsipnya Persepuluhan.
Tak perlu saya jelaskan terlalu banyak, Sdr tentu dapat membayangkan prinsip di sebalik perintah mengenai persepuluhan dalam Taurat. Begitu juga Sdr pasti dapat bayangkan prinsip di sebalik perintah Hari Sabat dalam hukum Taurat.
Jika kita mengatakan bahawa Taurat adalah untuk orang-orang Yahudi, dan kita bukan Yahudi, maka kita tidak tertakluk pada hukum Taurat, ingatlah bahawa kita masih tertakluk pada Prinsip Allah walaupun kita tidak tertakluk di bawah Taurat.
Apakah Prinsip Allah di sebalik Hari Sabat yang diperintahkannya dalam Taurat. Harus rehat sehari dalam seminggu itu kan? Apakah Prinsip Allah di sebalik Pemberian Persepuluhan yang diperintahkan dalam Taurat? Harus berikan kembali sepersepuluh kepada Allah kan?
Yang Kudus dan Tak Kudus
Allah menyatakan bahawa Dia telah menguduskan Hari Sabat, dan mengingatkan umat-Nya untuk menguduskan Hari Sabat. Apa ertinya kudus itu? Ianya bererti dipisahkan dan diasingkan khusus untuk Tuhan. ertinya kita menguduskan sehari dalam seminggu untuk Tuhan,
Kalau Allah telah menguduskan Hari Sabat itu, bukankah prinsipnya ialah bahawa kita perlu menguduskan sehari dalam seminggu kepada-Nya, samada kita Yahudikah atau bukan Yahudi?
Maleakhi 3:8-10 mengatakan umat Israel menipu Allah (atau dalam Alktitab Inggeris mengatakan "robbing God") Bagaimanakah kita boleh menipu atau "merompak" daripada Allah? Dengan kita tidak mengembalikan sesuatu yang adalah hak Allah atau yang harus dikuduskan / diasingkan bagi-Nya. Kalau persepuluhan itu milik kita, kita berhak ke atasnya, kita tidak menipu Allah. tetapi jika persepuluhan milik Allah, dan yang seharusnya dikuduskan untuk Allah, maka kita menjadi perompak jika kita mengambil apa yang bukan hak kita.
Kalau Sdr tak setuju dengan Hari Sabat dan Persepuluhan secara hukum yang diamalkan oleh umat Israel, kita perlu sedari Prinsip di sebalik hukum itu, iaitu Allah mahu kita menguduskan satu dari tujuh hari untuk-Nya, dan satu dari sepuluh hasil kita kepadanya. Itulah Prinsipnya.
Pentingnya (Purpose) Persepuluhan
Kenapakah Tuhan mahu kita berehat sehari dalam seminggu? Ahli-ahli sains yang membuat penyelidikan mengesahkan bahawa manusia memerlukan rehat sehari seminggu untuk mengembalikan kesihatan dan kekuatannya. Tapi Allah sudah terlebih awal tahu! Dialah Pencipta kita dan tahu keperluan kita.
Mengapakah Tuhan mahu kita memberi sepersepuluh untuk Rumah-Nya. Jawapannya yang sama juga, Allah tahu itulah yang terbaik bagi kita. Dia juga begitu kenal kita bahawa jika tidak diadakan pemberian persepuluhan, maka pemberian di rumah Tuhan tidak akan mencukupi untuk menampung pelayanan.
Apabila kita memberi persepuluhan, Rumah Tuhan atau Pelayanan Tuhan menjadi maju. Soalnya bukan jumlah besar atau kecil yang kita beri. Kita hanya memberi sepersepuluh yang kita punya samada kita bergaji sedikit atau banyak, kita boleh melakukannya.
Tapi bagaimana kalau orang itu tak cukup untuk kegunaan rumahnya? Masihkah mahu diberi persepuluhannya?
Ayat Maleakhi ini menyatakan bahawa orang yang membawa persepuluhannya tidak akan berkurangan, sebaliknya Tuhan akan mencukupkan keperluannya, malah mencurahkan berkat ke atasnya sampai berkelimpahan.
Mengapakah Persepuluhan itu penting? Sebab Tuhan mengasihi manusia, Dia ingin pekerjaan-Nya dapat berkembang dan maju. Dia mahu menyelamatkan lebih ramai orang. Dia ingin mengutuskan lebih ramai pekerja.
Tetapi jika umat Tuhan tidak memainkan bahagian mereka masing-masing maka pelayanan-pelayanan tidak akan berkecukupan, pekerja-pekerja Tuhan akan semakin berkurang dan jiwa-jiwa sesat akan binasa.
Pernahkah terlintas pada fikiran anda kenapa gereja-gereja kita tidak semakin bertambah pekerja-pekerjanya, tetapi semakin bertambah kehilangan pekerja-pekerjanya?
Saya percaya kepada pelayanan, itulah sebabnya saya percaya kepada memberi persepuluhan.
Ditulis oleh Si Domba Putih (8 Ogos 2017)

"Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat: enam hari lamanya engkau akan bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu. Tetapi hari ketujuh adalah hari Sabat TUHAN, Allahmu... (Keluaran 20:8-10)

"Mengapakah ada orang Kristian yang percaya Prinsip memberikan sehari dari tujuh hari kepada Tuhan, tetapi tidak percaya Prinsip memberikan satu dari sepuluh bahagian hasil kepada Tuhan?"
Pentingnya (Purpose) Persepuluhan
Kenapakah Tuhan mahu kita berehat sehari dalam seminggu? Ahli-ahli sains yang membuat penyelidikan mengesahkan bahawa manusia memerlukan rehat sehari seminggu untuk mengembalikan kesihatan dan kekuatannya. Tapi Allah sudah terlebih awal tahu! Dialah Pencipta kita dan tahu keperluan kita.
Mengapakah Tuhan mahu kita memberi sepersepuluh untuk Rumah-Nya. Jawapannya yang sama juga, Allah tahu itulah yang terbaik bagi kita. Dia juga begitu kenal kita bahawa jika tidak diadakan pemberian persepuluhan, maka pemberian di rumah Tuhan tidak akan mencukupi untuk menampung pelayanan.
Apabila kita memberi persepuluhan, Rumah Tuhan atau Pelayanan Tuhan menjadi maju. Soalnya bukan jumlah besar atau kecil yang kita beri. Kita hanya memberi sepersepuluh yang kita punya samada kita bergaji sedikit atau banyak, kita boleh melakukannya.
Tapi bagaimana kalau orang itu tak cukup untuk kegunaan rumahnya? Masihkah mahu diberi persepuluhannya?
"Bawalah seluruh persembahan persepuluhan itu ke dalam rumah perbendaharaan, supaya ada persediaan makanan di rumah-Ku dan ujilah Aku, firman TUHAN semesta alam, apakah Aku tidak membukakan bagimu tingkap-tingkap langit dan mencurahkan berkat kepadamu sampai berkelimpahan" (Maleakhi 3:10).