Khamis, 10 Ogos 2017

Suhakam Akan Adakan Siasatan Awam Ke Atas Kehilangan Pastor Raymond Koh dan Tiga Orang Lagi


PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menjalankan siasatan awam ke atas kehilangan Pastor Raymond Koh dan tiga orang lagi yang telah hilang tahun lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengerusi Suhakam, Razali Ismail berkata pembicaraan untuk siasatan itu kemungkinan dijadualkan pada Oktober.

Siasatan itu akan menyelidik, di antaranya, samada kes-kes Koh, Amri Che Mat, Pastor Joshua Hilmy dan isterinya Ruth, adalah kes-kes kehilangan yang dikuatkuasa atau tidak sukarela seperti yang ditakrifkan di bawah Konvensyen Antarabangsa Untuk Perlindungan Semua Individu Dari Kehilangan Yang Dikuatkuasakan.

Konvensyen itu mentakrifkan kehilangan yang dikuatkuasakan sebagai penangkapan, penahanan atau apa jenis penyekatan kebebasan oleh ejen-ejen kerajaan atau orang-orang atau kumpulan orang yang bertindak dengan kuatkuasa, sokongan atau persetujuan kerajaan.

Razali berkata bahawa siasatan itu juga akan mempertimbangkan samada pihak berkuasa, khususnya Polis Di Raja Malaysia (PDRM), telah mengambil langkah-langkah yang secukupnya untuk menyiasat kes-kes itu.

"Suhakam akan terus mengumpulkan maklumat daripada semua pihak yang terlibat, termasuk polis dan mereka yang lain yang telah memberi kerjasama ke arah menemukan kebenaran dalam perkara ini," katanya.

Koh, 62, telah diculik dari keretanya oleh sekumpulan lebih 10 lelaki dalam sekonvoi kenderaan pada 13 Februari. 

Rakaman CCTV menunjukkan sekurang-kurangnya tiga kereta SUV hitam terlibat dalam penculikan itu. Ramai orang membuat spekulasi bahawa penculikan itu mungkin berkaitan dengan dakwaan cubaannya untuk menyebarkan agama Kristian, namun begitu keluarganya telah menolak dakwaan-dakwaan seperti itu. 

Aktivis sosial, Amri Che Mat, 44, yang telah mengasaskan bersama pertubuhan kebajikan Perlis Hope, telah kehilangan sejak 24 November tahun lepas. 

Isterinya, Norhayati Ariffin berkata saksi-saksi telah melihat lima kenderaan menghadang laluan kereta Amri sebelum dia dibawa pergi cuma 550 meter dari rumahnya di Bukit Chabang, Perlis.

Sementara itu, Joshua dan isterinya, Ruth telah kali terakhir dilihat pada 30 November tahun lepas.

Siasatan awam ini adalah perkembangan terbaru dalam siasatan Suhakam ke atas kehilangan-kehilangan itu.

Pada bulan Jun, suruhanjaya itu telah menyeru kepada individu-individu dengan maklumat yang berkaitan dan penting untuk tampil ke hadapan untuk merekodkan kenyataan mereka.

Ianya juga telah berseru kepada pihak berkuasa untuk dengan "sepenuhnya dan pantas" menyiasat semua kes di mana terdapat syak yang munasabah bahawa kehilangan yang dikuatkuasakan mungkin telah terjadi.

(Diterjemahkan daripada artikel Fee Malaysia Today bertajuk, "Suhakam To Hold Public Inquiry Into Missing Pastor, Others" bertarikh 9 Ogos 2017)