Isnin, 20 November 2017

CFM Kritik Keras Cadangan Mais Agar DBP Terjemahkan Bible


PETALING JAYA: Christian Federation of Malaysia (CFM) pada hari ini mengkritik keras cadangan oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) agar Dewan Bahasa dan Pustaka menterjemahkan Bible ke dalam Bahasa Malaysia. 

Mengatakan bahawa CFM merasa dihina oleh "cadangan yang memandang rendah" itu, pengerusinya Julian Low menambah bahawa cadangan itu adalah satu lagi cubaan untuk mencabuli hak orang-orang Kristian di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan untuk menguruskan hal ehwal keagamaan mereka. 

"Holy Bible atau Alkitab dalam Bahasa Malaysia merupakan sebahagian daripada warisan suci orang-orang Kristian, dan sebarang cubaan oleh sesiapa yang tidak diberi kuasa oleh gereja-gereja Kristian untuk menyediakan terjemahan yang autoritatif akan ditolak dengan tegas," katanya dalam satu kenyataan.

Leow berkata bahawa cadangan itu juga adalah satu "bentuk jenayah yang paling jahat terhadap apa yang dipercayai oleh orang-orang Kristian sebagai Kitab Suci yang diilhamkan oleh Tuhan." 

Dia sedang memberi respon kepada peguam Mais, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang telah mengatakan di mahkamah Rabu lepas bahawa DBP dapat memperbetulkan apa yang didakwa sebagai penyalahgunaan kalimah "Allah" untuk merujuk kepada "God" oleh orang-orang Kristian dalam Alkitab Bahasa Malaysia mereka.  

Haniff telah mendakwa bahawa masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak telah salah menggunakan kalimah "Allah" bagi merujuk kepada "God" dalam Bahasa Malaysia, dan berhujah bahawa mereka harus menggunakan "Tuhan", yang tidak mengabaikan hak mereka. 

Haniff telah membuat dakwaan itu semasa berhujah di mahkamah semasa pendengaran kes tuntutan oleh seorang Bumiputera Kristian berbahasa Malaysia dari Sarawak, Jill Ireland terhadap menteri dalam negeri dan kerajaan untuk menegakkan hak-hak perlembagaannya yang dikatakan olehnya telah dilanggar oleh larangan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan Kristian.

Leow berkata bahawa Bahasa Malaysia digunakan oleh majoriti Kristian di Malaysia, dan bahawa banyak perkataan seperti "Allah" telah digunakan untuk masa yang lama oleh orang-orang Kristian tempatan, orang-orang Kristian rantau ini dan mereka yang di Timur Tengah. 

Dia menambah bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah pada 16 Oktober mengingatkan rakyat di negeri itu untuk menghormati prinsip-prinsip dalam Perlembagaan Persekutuan untuk keharmornian dan keamanan negara. 

"Seperti dilaporkan oleh setiausaha Majlis di Raja Selangor: 'Raja-Raja Melayu berpendapat bahawa imej Islam sebagai agama persekutuan adalah agama yang harus menggalakkan pengikut-pengikutnya bertoleransi, sederhana, bersifat inklusif dan tidak dicemari oleh tindakan-tindakan ekstrim'," katanya.

"Rakyat Malaysia juga diingatkan pada 10 Oktober oleh Persidangan Raja-Raja bahawa semua orang harus menuruti prinsip-prinsip asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, yang mana telah dirangka berdasarkan dengan pemahaman bahawa negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang latarbelakang agama dan bangsa dan semuanya itu harus dihormati.

"Semua orang yang mengharapkan kesatuan dan kestabilan yang berterusan di negara tercinta kita mestilah menyambut baik nasihat yang bernas dan tepat pada masanya untuk kebaikan semua yang tinggal dalam masyarakat berbilang bangsa dan berbilang agama ini"

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "DBP Bible Translation Against Christian Rights, Says CFM" bertarikh 20 November 2017)