Rabu, 13 Disember 2017

Gereja St George, Pulau Pinang Siap Dibina Pada 1818


Didedikasikan kepada santo penaung England, Gereja St George adalah gereja Anglikan tertua dibina di Asia Tenggara dan yang terbesar di Malaysia. Pada 1817, bibit untuk pembinaan rumah ibadah yang besar ini telah ditabur dan setahun kemudian, pembinaan disiapkan dengan kos 60,000 dolar Sepanyol - jumlah yang cukup besar pada zaman itu!

Dibina oleh banduan-banduan India dalam gaya neo-classical Barat dan rekacipta Georgian Palladian, bangunan putih itu telah dipengaruhi oleh gaya senibina yang sangat digemari di Britain dan bahagian-bahagian lain Eropah pada masa itu. 

Bangunan batu-bata itu, yang mengikut model gereja yang serupa di Madras, memiliki dasar batu yang diselaputi plaster. Atapnya asalnya rata tetapi telah diubah ke bentuk puncak tigsegi pada 1864. Bahagian tertingginya adalah di puncak menaranya yang berbentuk lapan persegi dan ciri yang paling ketaranya adalah tiang-tiang corak Yunani di beranda di hadapan pintu masuk depannya.

Foto lama Gereja St George, Pulau Pinang
diambil di antara hujung abad ke-19
dan permulaan abad ke-20
(Foto: Areca Books)

Walaupun ianya telah dibina di bawah naungan Gabenor Philips dan Gabenor Bannerman (pegawai-pegawai British tertinggi di pulau itu ketika itu), gereja itu telah diasaskan oleh Reverend Sparke Hutchings.

Sidang jemaat pada zaman itu terdiri dari pelbagai golongan pegawai-pegawai British, pencetak-pencetak, pemilik-pemilik rumah tumpangan, penggunting-penggunting rambut, pereka-pereka jam, tukang-tukang tembaga, pedaganag-pedagang, peladang-peladang dan kelasi-kelasi British, serta tahanan-tahanan perang Perancis dan Belanda yang memenuhi tempat duduk dan menikmati keindahan tamannya.

Gereja St George pada masa kini
(Foto: laman Justgola)

Di laman gereja yang luas itu, masih tersergam indah astaka berkubah yang telah dibina 120 tahun yang lalu untuk memperingati Francis Light dan untuk merayakan pengasasan Pulau Pinang sebagai pusat singgahan perdagangan pada 1786.

Dewan ibadah Gereja St George
(Foto: TripAdvisor)

Kanak-kanak membuat persembahan
di Gereja St George, Pulau Pinang
(Foto: stgeorgespenang.com)

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Tourism Penang bertajuk, "The Grand Dame of South East Asia, St George's Church")

Nota: Jika anda dapat menghantar foto gereja anda dengan sedikit info atau sejarahnya, saya boleh terbitkan di blog ini! Kirimkan foto dan infonya ke inbox FB saya di sini