Isnin, 4 Disember 2017

Sekolah St Thomas, Kuantan - Apa Yang Terjadi Sebenarnya?


Sejak beberapa hari lepas, laporan berita mengenai penukaran nama Sekolah St Thomas telah menjadi berita hangat di media elektronik.

Semalam Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan mengatakan bahawa nama sekolah itu berhenti wujud selepas gereja yang memiliki tanah itu mengambil kembali tanah itu.

Apakah yang sebenarnya terjadi? Carian laporan media dan laman web memberikan maklumat tambahan mengenai apa yang telah terjadi berkenaan Sekolah St Thomas:

1. Sekolah Rendah St Thomas telah ditubuhkan pada 1950 oleh Rev Father Louis Guittat, dan diisytiharkan sebagai sekolah yang diberi bantuan penuh pada 1953. 

2. Pada 1960, sekolah itu telah diambil alih oleh Brothers St Gabriel dan berada di bawah penyeliaan mereka sehingga kini (mengikut laporan Star Property bertarikh 7 Oktober 2013)

3. Sekolah rendah dan menengah St Thomas menduduki tapak bernilai tinggi di Jalan Gambut, di bandar Kuantan. 

4. Pada 2006, kerajaan telah membuat kesimpulan bahawa semua sekolah di kawasan itu akan dipindahkan.

5. Pada 2008, Uskup Besar Gereja Roman Katolik telah menulis surat kepada kerajaan, memberi notis untuk pemberhentian dan penyerahan kembali tanah itu selewat-lewatnya 31 Disember 2012. 

Dilaporkan juga bahawa gereja ingin memperkembangkan kemudahan gereja di tanah itu. 

Sekolah-sekolah itu telah menduduki tapak itu sejak 1950 tanpa membayar sewa satu sen pun kepada gereja. Dikatakan bahawa gereja hanya ingin satu pembayaran kecil sebagai tanda penghargaan dan tanggungjawab, yang boleh berupa RM1 daripada pihak berkuasa. 

6. Pada 24 Mei 2012, kerajaan negeri mewartakan (gazette) perolehan sebahagian tanah itu. 

7. Pada 11 Jun 2012, kerajaan negeri memberi notis memperoleh sebahagian tanah itu.

"Tolong Jangan Ambil Tanah Kami":
Anggota-anggota gereja beri sokongan
di luar Mahkamah Tinggi, 16 Nov 2012

8. Perkara itu telah dibawa ke mahkamah selepas gereja membuat permohonan untuk membatalkan keputusan kerajaan itu. Pada 16 November 2012, Mahkamah Tinggi memberi izin kepada Uskup Besar Gereja Roman Katolik untuk mencabar keputusan itu.

9. Pada 11 Januari 2013, kerajaan menggugurkan usahanya untuk memperoleh tanah itu.

10. Pada penghujung tahun 2013, kementrian pendidikan tiba-tiba mengumumkan bahawa pelajar-pelajar akan dipindahkan keluar dari tapak sekolah-sekolah itu. Pada Januari 2014, sekolah rendah itu telah dipindahkan ke SK Teruntum dan sekolah menengahnya telah dipindahkan ke SMK Sultan Abu Bakar.

11. Pada 25 November 2017, The Star melaporkan bahawa nama sekolah-sekolah itu akan ditukar ke Sekolah Mahkota Abdullah apabila memasuki bangunan baru yang akan dibina kelak.

Pengerusi jawatankuasa kesihatan, sumber manusia dan fungsi khas negeri Pahang, Norol Azali Sulaiman telah dilaporkan berkata bahawa jabatan pendidikan telah menganggap bahawa nama "St Thomas" tidak lagi sesuai.

12. Pada 29 November 2017, satu petisyen online telah dimulakan untuk mendesak kerajaan agar tidak menukar nama Sekolah St Thomas dan sekolah-sekolah misi yang lain. Petisyen itu telah mendapat lebih 12,000 tandatangan dalam masa 24 jam.