Ahad, 3 Disember 2017

Kementrian: Nama Sekolah St Thomas Berakhir Ketika Gereja Ambil Kembali Tanah


PETALING JAYA: Kementrian Pendidikan telah berusaha untuk menjelaskan kontroversi berkenaan laporan penukaran nama untuk sekolah menengah dan rendah St Thomas yang bersejarah di Kuantan dengan menerangkan bahawa nama itu berhenti wujud selepas gereja yang memiliki tanah itu mengambil kembali tanah itu. 

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan telah dilaporkan oleh The Star hari ini sebagai mengatakan bahawa terletak kepada keputusan gereja itu jika ianya ingin nama itu dikekalkan.

Dia berkata bahawa sebilangan orang telah terlalu cepat membuat kesimpulan dan mendakwa bahawa kerajaan menamakan semula sekolah itu kepada Sekolah Mahkota Abdullah.  

"Tanah itu bukan milik kementrian. Gereja yang memiliki tanah itu. Pada ketika tanah di mana letaknya Sekolah St Thomas diberikan kembali kepada gereja, di situlah kesudahan sekolah itu," dia telah dilapor mengatakan.   

"Pelajar-pelajar dari kedua-dua sekolah terpaksa berpindah dan berkongsi kemudahan kemudahan dengan SK Teruntum dan SMK Sultan Abu Bakar," tambahnya.

Menurut laporan itu, tanah itu telah diberikan kembali kepada gereja itu berikutan pertelingkahan undang-undang dengan kerajaan pada 2012. 

Laporan itu mengatakan bahawa tapak lama Sekolah Menengah St Thomas kini adalah tapak Regent International School manakala tapak untuk sekolah rendah telah dibiarkan terbengkalai. 

Kamalanathan berkata langkah untuk menempatkan pelajar-pelajar yang terbabit ke dua sekolah berhampiran adalah langkah sementara, sehinggalah sekolah rendah dan menengah itu siap dibina untuk menampung mereka.

"Oleh itu sekolah-sekolah yang akan dibina oleh kerajaan akan mempunyai nama-nama baru. Nama St Thomas telah berhenti pada hari gereja mengambil balik tanah mereka," dia dilapor mengatakan.

The Star telah melaporkan pada 25 November bahawa sekolah-sekolah itu akan ditukar nama ke Sekolah Mahkota Abdullah sebaik sahaja mereka ditempatkan di bangunan baru.

Pengerusi jawatankuasa kesihatan, sumber manusia dan fungsi khas negeri Pahang, Norol Azali Sulaiman telah dilaporkan berkata bahawa jabatan pendidikan telah menganggap bahawa nama "St Thomas" tidak lagi sesuai.

Satu petisyen online yang  menyeru kepada kerajaan agar mengekalkan nama itu telah mendapat lebih daripada 22,000 tandatangan setakat ini.

Baca juga: Sekolah St Thomas, Kuantan - Apa Yang Terjadi Sebenarnya?

(Diterjemah daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Ministry: St Thomas School Name Ended When Church Took Back Land" bertarikh 3 Disember 2017)