Selasa, 13 Februari 2018

Anak Perempuan Pastor Koh: "Jika Anda Mengenali Ayah Saya, Anda Tidak Akan Lakukan Itu"

Elizabeth, anak pastor Raymond Koh

Sudah setahun sejak penculikan Pastor Raymond Koh, tetapi anak perempuannya yang berusia 22 tahun, Elizabeth masih mengingati betapa sukarnya untuk tidur berhari-hari selepas kejadian itu.

"Saya tidak dapat tidur selama berhari-hari, atau saya tidak tidur sampai 7 pagi dan kemudian saya akan tertidur selepas kepenatan," katanya dalam satu temuramah dengan KiniTV.

Apabila rakaman CCTV mengenai penculikan Koh ditemui, Elizabeth berkata dia menaruh harapan tinggi bahawa itu akan membantu polis untuk menjejak ayahnya.

Tepat setahun kemudian, masih belum ada lagi maklumat mengenai keberadaan pastor itu.

"Pada mulanya, saya ada kepercayaan besar pada polis. Saya benar-benar menjangka mereka akan menjumpainya.

"Rasanya seperti jangkaan saya meleset," kata Elizabeth, sambil mengelap air matanya.

Keluarga Koh sebelum ini pernah merungut bahawa mereka tidak diberikan pemberitahuan terbaru dari masa ke masa oleh polis.


Satu inkuiri Suhakam terhadap kehilangan Koh juga telah diberhentikan kerana seorang suspek telah didakwa di mahkamah berkenaan penculikannya.

Keluarganya menyatakan bahawa suspek itu sebelum ini telah ditahan atas tuduhan peras ugut dan bahawa mereka tidak dimaklumkan mengenai dakwaan baru itu.

Walaupun sudah setahun sejak kehilangan Koh, keluarga Koh enggan membiarkan memorinya terluput dari ingatan orang awam.

Elizabeth berkata ianya penting untuk "bersuara lebih lantang lagi" mengenai penculikan ayahnya, terutamanya apabila beberapa orang lagi juga telah hilang seperti aktivis Perlis, Amri Che Mat dan pasangan suami isteri Joshua dan Rut Hilmy,

"Saya cuma fikir apa yang ayah saya akan ingin kami lakukan dan apa yang kami inginkan untuk Malaysia adalah sesuatu yang lebih penting.

"Oleh kerana saya sudah berusia 22 tahun kini, semua kawan-kawan saya berkata seperti ini, mari, jangan kita tinggal lagi di Malaysia, mari kita tinggal di tempat lain yang lebih selamat, di mana kamu tidak perlu menderita.

"Ianya benar-benar membuat saya sedih melihat perkara ini boleh terjadi di negaraku, dan saya mahu dapat berbangga menyatakan saya rakyat Malaysia," katanya dengan suara beremosi.

"Kami tidak akan biarkan kes ini lenyap. Kami akan meneruskan ingatan pada Raymond Koh, di dalam negeri dan di luar negeri," begitu ditambah oleh isteri Koh, Susanna Liew (foto).


Dia berkata bahawa dia terpaksa mengambil alih peranan-peranan suaminya sejak masa itu, seperti menguruskan kewangan keluarga.

"Saya cuma seorang suri rumah yang biasa dan pendiam, tetapi tiba-tiba saya perlu lakukan semuanya sendiri. 

"Dulunya saya bergantung kepada Raymond untuk melakukan segalanya, tetapi kini saya perlu mengambil alih tempatnya. Termasuk perlu berucap di hadapan ribuan orang dan berhubung dengan para wartawan," katanya. 

Keluarga Koh juga mengisahkan beberapa perbuatan baiknya, dan mengatakan bahawa dia adalah seorang yang tidak mementingkan diri dan rendah hati.

Liew mengingati suatu hari Koh telah mendekati seorang wanita yang "nampak sedih" di atas tren LRT, dan apabila dia mendapat tahu bahawa wanita itu adalah ibu tunggal dengan lima anak, dia membantunya dengan barangan runcit bulanan. 

Dan ada satu kali Koh telah terlihat seorang yang berhutang wang dengannya, kata anak perempuannya Esther (foto).  


"Jadi apabila orang itu melihat ayah saya, dia melarikan diri tetapi ayah saya mengejarnya dan kemudian ayah saya memeluknya dan berkata, "Jangan susah tentang wang itu, apa khabar kamu?" 

Koh juga telah memberikan baju yang dipakainya kepada seorang gelandangan, kata Elizabeth.

"Ada seorang lelaki gelandangan yang tidak berbaju di tepi jalan dan ayah saya membuka bajunya lalu diberikan kepada lelaki itu," dia berkata sambil tertawa kecil. 

"Anda tidak mengenalinya, dan jika anda mengenalinya, anda tidak akan melakukan itu (menculiknya).

"Jika anda bercakap dengannya hanya untuk lima minit, anda akan lihat bahawa anda tidak perlu menculik seseorang, dengan cara begitu, walaupun anda diupah untuk melakukannya," katanya dengan yakin.

Walaupun Koh masih kehilangan sehingga kini, Esther berterima kasih kepada orang-orang awam untuk sokongan dan keprihatinan mereka. 

"Kami tahu kami tidak bersendirian, oleh itu terima kasih kepada semua orang yang telah membantu kami untuk lebih dekat kepada kebenaran mengenai apa yang terjadi kepada Raymond," katanya dengan suaranya yang semakin emosi pada penghujungnya.  



(Diterjemahkan daripada artikel Malaysiakini bertajuk, "Pastor Koh's Daughter: If You Knew My Father, You Wouldn't Do This" bertarikh 13 Februari 2018)