Selasa, 13 Februari 2018

Setahun Hilang, Keluarga Tak Putus Harap Pada Pastor Koh


Hari ini genap setahun Raymond Koh hilang.

Bagaimanapun anggota keluarga tetap tidak berputus harap dengan pastor itu.

“Saya harap Raymond dilepaskan supaya beliau boleh bertemu dengan anggota keluarga, terutamanya di tahun baru Cina ini.

“Ibunya sedang sakit dan sudah lama tidak melihatnya,” kata isterinya, Susanna.

Raymond dilapor dilarikan pada 13 Februari tahun lalu lalu oleh lapan lelaki bertopeng.

Dalam kenyataan hari ini, Susanna berkata anggota keluarga tidak akan sesekali mengalah bagi mencari penyelesaian dan keadilan dalam kes itu.

Beliau juga berterima kasih kepada pelbagai pihak yang memberi sokongan kepada anggota keluarga di masa sukar itu.

(Diambil daripada artikel Malaysiakini bertajuk, "Setahun Hilang, Keluarga Tak  Putus Harap Pada Pastor Koh" bertarikh 13 Februari 2018)