Sabtu, 10 Februari 2018

Maame Biney, Peluncur Ais Laju Yang Penuh Senyuman dan Kesyukuran


Sebelum hari jadinya yang ke-18. Maame Biney telah menjadi wanita Afrika Amerika yang pertama untuk melayakkan diri dalam pasukan speedskating (luncur ais laju) Olimpik Amerika Syarikat, dan mendapat pujian daripada salah satu wirawatinya, Apolo Ohno. Bagi remaja yang periang itu, ianya adalah perjalanan yang jauh dari negara asalnya Ghana, yang telah ditinggalkannya pada usia lima tahun untuk tinggal dengan ayahnya, Kweku, di Amerika Syarikat.

Kedua-dua Biney dan ayahnya bersyukur kepada Tuhan atas kejayaannya yang hebat itu. Kweku Biney percaya Tuhanlah yang pertamanya telah menarik perhatiannya kepada satu papan tanda yang mengiklankan kelas luncur ais, yang menggerakkannya untuk menanya Maame samada dia ingin mencuba - walaupun kadang-kadang dia menyesalinya apabila anak kecil perempuannya membangunkannya awal pagi hari-hari Sabtu untuk pergi ke gelanggang ais. 

Maame Biney (kanan) mendahului
peserta-peserta lain dalam acara
luncur ais laju (speedskate)

Seperti Maame telah sendiri memuat naik ke Instagram selepas kemenangannya di Ujian Kelayakan Amerika, "Jika Tuhan tidak memberi kekuatan kepada ayahku untuk bangun, dan bawaku ke latihan, saya tidak akan ada di sini hari ini." Dalam catitannya yang penuh emosi itu, dia juga berterima kasih kepada keluarga dalam Tuhan di gereja atas "doa-doa untuk perjalanan yang selamat dan pertandingan yang berjaya." 

"Senyuman di wajahku tidak bermaksud hidupku sempurna. Ianya bermaksud aku menghargai apa yang aku ada dan apa yang Tuhan telah berkatiku dengan," Maame Biney (Instagram)

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Christianity Today, "Giving God the (Olympic) Glory: Christian Athletes to Watchin PyeongChang" yang ditulis oleh Gina Dalfonzo bertarikh 8 Februari 2018)