KUCHING: Gereja Anglikan akan memulakan program acara sepanjang setahun untuk merayakan ulang tahunnya yang ke-170 di Borneo pada hujung minggu ini.
Bertemakan "Menjangkau Ke Hadapan" dari Filipi 3:13-14, acara-acara itu merayakan kedatangan Rev Dr Francis Thomas McDougall di Sarawak pada 29 Jun 1848 untuk memimpin Institusi Misi Gereja Borneo.
"Tetapi ini bukan hanya mengenai Francis McDougall. Ianya juga mengenai Harriette dan misionari-misionari yang tidak terkira ramainya yang telah datang sepanjang masa itu dan memberikan hidup mereka untuk tujuan Injil. Namun begitu, ianya bukan sahaja mengenai Injil, kerana Gereja Anglikan di Borneo telah membawa kesan dalam setiap bidang kehidupan kita.
"Sepanjang sejarahnya, Gereja telah memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan dan kesihatan. Ramai daripada pemimpin kita dalam politik, perniagaan, korporat dan sivil, dulu dan masa kini, telah melalui pendidikan di sekolah-sekolah misi, peringkat rendah dan menengah," kata Rt Rev Danald Jute, Bishop Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei, yang dikenali sebagai Diosis Kuching, dalam satu siaran akhbar semalam.
"Perayaan ini bukan hanyalah satu waktu untuk kenangan semata-mata, untuk memandang kembali 170 tahun yang lalu. Sebaliknya kami ingin ulang tahun ini sebagai titik permulaan untuk masa depan, dari segi peribadi masing-masing dan sebagai satu gereja, sambil kami berusaha terus memainkan peranan kami dalam kehidupan umat dan negara kami. Sebagai satu Gereja, adalah keinginan kami untuk terus menjadi berkat kepada negara kami, untuk membentuk budaya mengasihi dan menghormati, di mana keadilan dan keamanan adalah amalan biasa."
Esok (9 Jun), akan diadakan forum "Diosis Kuching - Masa Dahulu, Kini dan Masa Depan" di Pullman Kuching dari 9 pagi ke 1 petang, di mana 1,000 perwakilan dijangkakan.
Para penceramah adalah Danald, Rt Rev Bolly Lapok, Rt Rev Aeries Sumping Jingan, Rev Andrew Shie, Rev Ivor Lim, dan Heidi Munan.
Juga akan diadakan satu pameran foto yang mengisahkan masa dulu, kini dan masa depan Gereja Anglikan, yang akan dibawa untuk dipamerkan di semua kawasan di diosis pada tahun ini.
Juga pada hari Sabtu, dari 6.30 malam ke 9.30 malam, akan diadakan Malam Perayaan di Kathedral St Thomas, Jalan McDougall dengan program yang termasuklah drama muzika.
Satu Kebaktian Kesyukuran akan diadakan di Kathedral itu pada Ahad (10 Jun) pada 4 petang.
Perayaan sepanjang setahun itu akan berakhir dengan perayaan ulang tahun ke-170 di Rumah Bishop pada 2019.
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Borneo Post Online bertajuk, "Anglican Church To Celebrate 170 Years In Borneo" bertarikh 8 Jun 2018)
"Sepanjang sejarahnya, Gereja telah memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan dan kesihatan. Ramai daripada pemimpin kita dalam politik, perniagaan, korporat dan sivil, dulu dan masa kini, telah melalui pendidikan di sekolah-sekolah misi, peringkat rendah dan menengah," kata Rt Rev Danald Jute, Bishop Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei, yang dikenali sebagai Diosis Kuching, dalam satu siaran akhbar semalam.
Bishop Rt Rev Danald Jute |