Jumaat, 20 Julai 2018

Ketika Neil Armstrong Lebih Teruja Melawat Yerusalem Berbanding Melawat Bulan

Angkasawan Neil Armstrong, manusia pertama menjejak kaki di bulan pada 20 Julai 1969

Pada minggu ini pada 1969, angkasawan Amerika, Neil Armstrong telah mencipta sejarah dengan menjadi manusia pertama untuk melangkah di bulan. Kata-katanya yang terkenal pada masa itu, "Ini adalah satu langkah kecil untuk seorang manusia, tetapi satu lonjakan besar untuk kemanusiaan," akan tercatit sebagai salah satu frasa kata paling ikonik sepanjang zaman.


Namun begitu, ketika Armstrong melawat Israel pada 1994, dia telah dibawa ke suatu tempat di Kota Yerusalem dan menanya Meir Ben Dov, hosnya dan ahli arkeologi terkenal, jika Yesus sendiri sebenarnya pernah melangkah di situ.

"Saya memberitahunya, 'Ya, Yesus adalah orang Yahudi,'" Ben Dov mengisahkan kembali. "Ini adalah langkah-langkah yang membawa ke Bait Suci, jadi dia pasti sudah melangkah di sini banyak kali." 

Armstrong bertanya samada itu adalah batu-bata yang asal, dan Ben Dov mengatakan benar. 

"Jadi Yesus melangkah tepat di sini?" tanya Armstrong.

"Itu benar," jawab Ben Dov.

"Saya perlu katakan ini," Armstrong berkata kepada ahli arkeologi Israel itu, "Saya lebih teruja berpijak ke atas batu-bata ini berbanding sewaktu berpijak ke bulan."

(Dipetik daripada artiel Charisma News bertajuk, "Why Neil Armstrong Was More Excited To Visit israel Than To Visit The Moon" yang ditulis oleh Johnathan Feldstein bertarikh 18 Julai 2018)