Selama manusia hidup, mereka telah memberikan makna kepada burung. Ianya bukan sekadar tulang dan bulu – ianya merupakan kekuatan atau pengharapan, petanda atau firasat. Anda akan menemukan burung dalam mitos kuno dalam hampir setiap budaya. Burung ada di dalam Alkitab – dari mula hingga hujungnya.
Apabila saya memberitahu orang mengenai ini, mereka akan melihat saya dengan hairan, seolah-olah saya bercakap berlebih-lebihan. Tetapi ianya benar – jika anda mencarinya, anda akan menjumpainya. Allah melayang-layang di atas permukaan bumi dalam Kejadian, dan Talmud mencadangkan, seperti seekor burung merpati. Burung-burung memakan daging "binatang" yang telah dikalahkan dalam Wahyu. Burung adalah pengantara untuk rahmat – iaitu burung sebagai korban persembahan.
Burung membawa roti untuk nabi-nabi. Burung menjadi makanan bagi mereka yang sedang mengembara. Abraham terpaksa menghalau burung daripada persembahannya, dan seekor merpati pergi bersama Yesus dalam kunjungannya yang pertama ke bait Allah. Allah adalah burung yang membawa umat Israel di sayapnya – burung yang di bawah sayapnya kita mendapat perlindungan.
"... Aku telah mengangkat kamu seperti di atas sayap burung rajawali serta membawa kamu ke hadirat-Ku." (Kel 19:4, AVB)
Yesus membandingkan dirinya dengan induk ayam. Dia meminta para pendengarnya untuk "memerhatikan burung-burung." Saya suka apa yang Yesus katakan. Dia berkata ini boleh menjauhkan kita dari kekhuatiran. Mungkin kita tak perlu ubat sebenarnya, yang kita perlu adalah kurangkan kesibukan, beri perhatian, dan memerhatikan burung.
Sebagai seorang pengkhutbah yang diberi tugas untuk mencari berita baik dalam Kitab Suci yang indah dan penuh misteri, saya sering melihat dengan sudut pandangan yang baru ke dalam teksnya – untuk sesuatu yang mungkin mendedahkan lapisan makna yang lebih mendalam. Saya berfikir dengan mengambil burung secara serius sebagai watak (walaupun wataknya mungkin kecil) boleh membawa kita ke lorong yang menarik dan berlainan.
Saya rasa itu berhasil bagi saya – memerhatikan burung gagak, umpamanya. Sebelum Nuh melepaskan burung merpati yang terkenal itu dari bahtera, dia telah melepaskan seekor burung gagak. Jika matlamat untuk gagak itu adalah sama dengan matlamat merpati, gagak itu telah gagal dalam misinya. Kerana itu gagak itu sering dikutuk. Philo, penulis Yahudi itu berkata gagak adalah simbol Iblis. Augustin berkata ianya melambangkan manusia yang tidak suci dan suka menangguh-nangguhkan.
Gagak tidak bernyanyi, ianya mengeluarkan suara yang serak. Ianya kelihatan sedikit menakutkan. Gagak telah melambangkan peperangan dan kehancuran, ketandusan, kemusnahan, maut. Gagak juga sangat pintar. Dalam Alkitab, burung gagak menghantui reruntuhan kota-kota yang telah dibinasakan oleh murka Allah. Tetapi ianya juga adalah burung yang terbang untuk memberi makan kepada Elia ketika dia keseorangan di padang gurun.
Dalam Matius, Yesus berkata, " Lihatlah burung di udara." Dalam Lukas, Dia mengatakan dengan lebih khusus, "Perhatikanlah burung gagak." Burung gagak itu tidak suci atau bebas dari kesalahan – ianya gagal, ianya membuat kesilapan, ianya mulia, ianya berubah-ubah – seringkali seperti kita. Yesus berkata perhatikanlah dan jangan khuatir. Jika Allah memberi makan kepada burung pemakan daging haiwan mati yang suka menunda-nunda ini, Allah juga akan memelihara kita. Bebas dari kesalahan bukanlah syaratnya.
Apakah lagi kisah burung dari Alkitab yang anda tahu?
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Huffington Post bertajuk, "The Most Common Birds of the Bible" yang ditulis oleh Debbie Blue bertarikh 23 Januari 2014)
Dalam Matius, Yesus berkata, " Lihatlah burung di udara." Dalam Lukas, Dia mengatakan dengan lebih khusus, "Perhatikanlah burung gagak." Burung gagak itu tidak suci atau bebas dari kesalahan – ianya gagal, ianya membuat kesilapan, ianya mulia, ianya berubah-ubah – seringkali seperti kita. Yesus berkata perhatikanlah dan jangan khuatir. Jika Allah memberi makan kepada burung pemakan daging haiwan mati yang suka menunda-nunda ini, Allah juga akan memelihara kita. Bebas dari kesalahan bukanlah syaratnya.
Apakah lagi kisah burung dari Alkitab yang anda tahu?