Ahad, 6 Januari 2019

Tolak Ekstremisme Keagamaan, Shafie Beritahu Rakyat Sabah Selepas Isu Perayaan Krismas

(Foto Bernama)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Shafie Apdal telah memberitahu rakyat Sabah untuk menolak ekstremisme ketika mengamalkan agama, dengan berkata itu tidak bertempat dalam masyarakat pelbagai kaum Malaysia.

Mengulas satu laporan polis mengenai perayaan Krismas di Tawau, Shafie berkata ekstremisme dan fahaman perkauman akan mengganggu keharmonian dan perpaduan di negeri itu.

Ekstremisme, presiden Warisan itu mengingatkan, juga akan memaparkan agama seseorang dalam pandangan kurang elok. 

"Kita harus menolak ekstremisme. Ini bukan cara kita.

"Kita tidak boleh menerima pandangan-pandangan yang boleh menghakis perpaduan kita sebab di Sabah, semua bangsa dapat hidup bersama dalam harmoni meskipun pelbagai agama," beliau berkata semasa hari terbuka Krismas Warisan di sini hari ini.

Pada 31 Disember, sekumpulan orang yang mendakwa mewakili beberapa parti politik termasuk Warisan, PAS, Umno dan PKR telah mengeluarkan kenyataan kepada sebuah akhbar tempatan membantah karnival Krismas Tawau yang mana kata mereka, mempunyai unsur-unsur ingin menukarkan agama pihak lain.

Bagaimanapun, hanya PAS - yang telah membuat laporan polis - mengesahkan penglibatannya dalam bantahan itu.

Parti itu kemudiannya mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan bahawa laporan itu telah dibuat sebagai respons kepada aduan "unsur-unsur penginjilan Kristian" dalam satu acara yang juga dihadiri oleh orang-orang Muslim.

Parti-parti yang lain menafikan terlibat dalam kumpulan itu.

Berikutan itu Parti Cinta Sabah telah membuat laporan polis terhadap PAS dan beberapa NGO kerana membantah sambutan Krismas di negeri itu.

Parti itu telah menggesa pihak berkuasa untuk mengambil langkah-langkah pro-aktif untuk menghentikan sentimen-sentimen anti-Kristian.

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Reject Religious Extremism, Shafie Tells Sabahans After Christmas Party Row" yang ditulis oleh Durie Rainer Fong bertarikh 6 Januari 2019)