Khamis, 13 Jun 2019

Mahkamah Agung Menolak Cubaan Ateis Untuk Memadamkan 'In God We Trust' Dari Wang Amerika Syarikat


Mahkamah itu telah menolak hujah ateis Michael Newdow bahawa "dengan memberi mandat mencetakkan teks keagamaaan ke atas setiap syiling dan wang kertas," kerajaan sedang menjadikan orang-orang ateis "orang luar secara politik." 

Washington, DC - Mahkamah Agung telah menolak cubaan perundangan untuk memadamkan "In God We Trust" (Dalam Tuhan Kita Percaya) dari wang Amerika Syarikat. 

Ateis Michael Newdow, yang berhujah bagi pihak sekumpulan ateis, berkata cogan kata itu adalah sokongan kerajaan terhadap agama dan melanggar Pindaan Pertama. 

Michael Newdow berhujah bahawa "dengan memberi mandat mencetakkan teks keagamaaan ke atas setiap syiling dan wang kertas," kerajaan sedang menjadikan orang-orang ateis "orang luar secara politik." 

Mahkamah tinggi itu telah menolak kes Newdow pada hari Isnin tanpa ulasan.


Frasa kata itu telah pertama kalinya diletakkan pada duit syiling pada 1864 dan telah ada pada setiap kertas wang sejak 1955. 

Newdow telah kalah beberapa kes di mahkamah-mahkamah lebih rendah, termasuklah percubaan untuk memadamkan "under God" dari upacara Angkat Sumpah Kesetiaan. 

Dia juga telah berusaha menghalang pemimpin-pemimpin kerajaan dari mengatakan ""So help me God" dalam majlis angkat sumpah presiden pada 2009, 2013 dan 2017.

(Diterjemahkan daripada artikel Breaking Christian News bertajuk, "Supreme Court Rejects Atheist Effort To Remove 'In God We Trust' From US Money" yang ditulis oleh Emily Jones bertarikh 12 Jun 2019)