Sabtu, 7 September 2019

Dua Acara Doa Kristian Diadakan Sempena Hari Malaysia


Sempena Hari Malaysia, pertubuhan-pertubuhan Kristian di Malaysia akan mengadakan dua acara doa di Lembah Kelang pada 15 dan 16 September 2019

MALAYSIA PRAYER RALLY 2019

NECF (National Evangelical Christian Fellowship) akan menganjurkan Malaysia Prayer Rally (Perhimpunan Hari Doa Malaysia) pada 15 dan 16 September dalam empat bahasa (Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil) di empat lokasi berbeza.

Perhimpunan doa dalam Bahasa Malaysia akan diadakan di Gereja SIB City Life di 6A, Jalan Sungai Besi, Pudu, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam, 15 September 2019.


MALAYSIA DAY OF PRAYER (MDOP)

Sementara satu lagi acara doa Malaysia Day of Prayer (MDOP) akan diadakan pada 10 pagi, 16 September di Pusat Konvensyen Grace, Petaling Jaya. Acara MDOP ini akan dijalankan dalam berbilang bahasa.

Acara MDOP 2019 ini dianjurkan bersama oleh Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM), Prayer United dan Keuskupan Agung Kuala Lumpur.


Kedua-dua acara doa ini terbuka kepada umat Kristian dari pelbagai denominasi. Marilah kita sertai acara-acara doa ini untuk kesejahteraan negara tercinta.