Khamis, 17 Oktober 2019

Lauren Daigle Dan Lagu Hitnya "You Say" Menang Besar Di Anugerah Dove Ke-50


Lauren Daigle menang pelbagai anugerah semalam di Anugerah Dove ke-50 anjuran Persatuan Muzik Kristian. 

Daigle memenangi Artis Terbaik, Lagu Terbaik untuk lagu hitnya, "You Say" dan Album Pop/Kontemporari Terbaik untuk Look Up Child, menurut senarai pemenang Anugerah Dove. 

Ini adalah kali kedua Daigle memenangi Artis Terbaik dalam tempoh 3 tahun, menurut Fox News.

Rancangan penyampaian anugerah itu yang dijadual untuk disiarkan di TBN pada Ahad ini pada 8 malam memaparkan penyanyi-penyanyi paling top Kristian, termasuk Casting Crowns, Matthew West, GAWVI, Tedashii, Jekalyn Carr dan ramai lagi. Manakala Pat Boone, Chonda Pierce, Francesca Battistelli, Jeremy Camp, Kari Jobe, for KING AND COUNTRY dan artis-artis terkemuka lain telah menjadi penyampai anugerah pada malam itu. 

Daigle memulakan malam itu dengan enam pencalonan, yang paling banyak di kalangan penyanyi lain, diikuti oleh for GOD AND COUNTRY dan Kirk Franklin, yang masing-masing mendapat lima pencalonan.

Penyanyi 28 tahun itu telah memecahkan rekod pemegang tempat pertama untuk tempoh paling panjang di Hot Christian Songs carta Billboard awal bulan ini. "You Say" berada di tempat pertama selama 64 minggu, mengatasi rekod sebelum itu oleh Hillsong UNITED selama 61 minggu dengan lagu "Oceans (Where Feet May Fail)."

"You Say" pertama kalinya menduduki tempat No. 1 di carta Kristian itu pada Julai tahun lepas. Lagu itu, yang ditulis bersama oleh Daigle serta Jason Ingram dan Paul Mabury, datang dari albumnya Look Up Child dan mengingatkan para pendengar bahawa identiti mereka adalah dalam Yesus Kristus, bukan dalam apa yang mereka atau orang lain fikir mengenai mereka. 

Lagu itu mencatat satu lagi rekod pada bulan Ogos apabila ianya menduduki tempat No.1 dalam carta siaran radio Kontemporari Dewasa Billboard. "You Say" adalah lagu pertama untuk menyeberangi dari carta Kristian ke carta sekular dengan berjaya seperti itu. 

Sambil muzik Daigle bertambah popular, ianya mendapat perhatian daripada sebilangan bintang sekular.

Penyanyi pop Selena Gomez baru-baru ini memuji Daigle untuk "pengurapannya yang mencurah keluar dengan berkuasa dalam suaranya, senikatanya dan muziknya." Selena mengelarkan Daigle dan muziknya "satu berkat," dan dijawab oleh Daigle, "Love you, girl."

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Charisma News bertajuk "Lauren Daigle And Her Hit Song 'You Say' Win Big At 50th Dove Awards" yang ditulis oleh Jenny Rose Spaudo bertarikh 16 Oktober 2019)