Jumaat, 22 November 2019

Gereja New Creation Membeli Mall Pada Harga S$296 Juta Tanpa Kempen Mengumpul Dana


Gereja New Creation di Singapura yang dipimpin oleh Joseph Prince, baru saja membeli seluruh mall di mana gereja mengadakan ibadahnya. Tanpa suatu usaha mengumpul dana yang khusus, gereja dengan keahlian 31,000 orang itu telah dapat membayar S$296 juta untuk StarVista - mall di mana gereja itu mengadakan kebaktian-kebaktiannya,

Gereja New Creation telah menyatakan bahawa pembelian itu telah dibuat "untuk melindungi kepentingan gereja" Bekas pemilik mall itu, sebuah syarikat pemaju hartanah bernama CapitaLand, telah memberikan petanda bahawa mereka ingin menjual mall itu. Ketika mengetahui ini, kepimpinan New Creation membuat keputusan bahawa adalah pilihan terbaik untuk gereja membeli hartanah itu. 

Mall StarVista telah dibuka pada 2012

Kekuatan Kewangan Gereja New Creation

Menurut Straits Times, New Creation telah memiliki Performing Arts Centre (PAC) yang memuatkan 5,000 tempat duduk, yang terletak dalam StarVista sejak ianya telah diberikan izin untuk membina, memajak dan menguruskan ruangan itu pada 2007. Projek itu telah menelan belanja S$500 juta, yang akhirnya telah dibayar penuh oleh gereja - kebanyakannya melalui sumbangan ahli-ahli - pada 2016. Kempen mengumpul dana itu telah menjadi tajuk berita pada 2008 apabila gereja itu dapat mengumpulkan S$18 juta yang mencipta rekod dalam sehari. Gereja itu juga mengadakan kempen mengumpul dana sehari yang seperti itu pada 2009 dan 2010, mengumpulkan S$18.8 juta dan S$21.1 juta masing-masing, yang tidak pernah dilakukan sebelum itu. 

Performing Art Centre (PAC) telah dibeli oleh New Creation pada 2007


Gereja itu memberitahu Straits Times bahawa mereka tidak akan mengadakan kempen pengumpulan dana untuk pembelian hartanah kali terbaru ini. Sebenarnya gereja mempunyai wang dalam simpanan untuk pembelian ini. 

New Creation mengadakan kebaktian di PAC di dalam mall StarVista. Inilah lokasi di mana Prince berkhutbah. Oleh kerana StarVista tidak dapat memuatkan seluruh jemaat (hartanah di Singapura adalah antara yang termahal di dunia), mesej-mesejnya disiarkan secara langsung di dua lokasi lain: Marina Bay Sands Ballrooms dan Cathay Cineplex di Causeway Point.

Kebaktian Gereja New Creation di The Star PAC

Selain mengadakan kebaktian-kebaktian pada hari Ahad, gereja juga menyewakan PAC untuk persembahan-persembahan. Sesetengah artis yang menyewa ruangan itu amat mashyur, yang di antaranya Ed Sheeran, yang baru-baru ini menamatkan Jelajah Divide yang telah mendapat pendapatan kasar US$600 juta dalam tempoh dua tahun. 

Cabang perniagaan gereja, Rock Productions menguruskan penyewaan PAC dan ianya juga telah menguruskan urusniaga pembelian StarVista daripada CapitaLand. Gereja bercadang mengekalkan keadaan mall seperti seadanya buat masa ini, dengan kedai-kedai jualan, restoran-restoran dan kedai-kedai keperluan harian pada tiga tingkat di bawah PAC. (Seluruh hartanah itu terdiri daripada 11 tingkat, dengan gereja sebelum ini sudah pun memiliki tingkat 3 hingga 11.) New Creation juga sedang menimbangkan kemungkinan CapitaLand meneruskan pengurusan untuk tingkat-tingkat komersial hartanah itu.

Mall Star Vista

Siapakah Joseph Prince?

Asalnya dari Malaysia, Prince yang berusia 56 tahun telah dilahirkan dengan ayahnya seorang sami Sikh yang berasal dari India dan ibunya yang berbangsa Cina. Prince (yang menukar namanya sewaktu bekerja sebagai seorang perunding IT di Singapura) adalah seorang anggota pengasas Gereja New Creation. Dia telah dilantik menjadi pastor senior gereja itu pada 1990. 

Buku "Destined to Reign" oleh Joseph Prince

Prince adalah tetamu yang sering diundang ke Gereja Lakewood yang dipimpin oleh Joel Osteen di Houston, Texas dan kerap ke luar negara ke merata dunia. Tambahan lagi, Prince mempunyai satu rancangan television bernama "Destined to Reign," yang disiarkan di lebih daripada 150 negara di dunia. Prince dikenali dengan khutbahnya yang mengfokus kepada rahmat dan kasih Tuhan untuk manusia di atas sifat-sifat yang lain. Buku-buku Prince adalah bestseller; sesetengahnya pernah menduduki tempat teratas senarai New York Times Bestsellers. Buku-buku yang telah diterbitkannya termasuklah, The Power of Right Believing, Destined to Reign dan Unmerited Favor.

Pemilikan StarVista akan secara rasminya diserahkan kepada Gereja New Creation pada penghujung tahun ini.

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Church Leaders bertajuk, "New Creation Church Buys Mall for $296M - Sans Fundraising" yang ditulis oleh Megan Briggs bertarikh 21 November 2019)