Khamis, 21 November 2019

Gereja New Creation Beli The Star Vista Pada Harga S$300 Juta Untuk "Melindungi Kepentingan Gereja"


SINGAPURA: Gereja mega New Creation telah membeli mall The Star Vista pada harga hampir S$300 juta "untuk melindungi kepentingan gereja", ianya mengumumkan pada hari Rabu (20 Nov).

Manakala gereja itu sebelum ini memiliki hanya The Star Performing Arts Centre (PAC) - suatu ruangan untuk kebaktian-kebaktian gereja yang juga digunakan sebagai tempat konsert - kini ianya memiliki seluruh bangunan itu. 

Gereja New Creation beribadah di The Star Performing Arts Centre (PAC)
yang mempunyai 5,000 tempat duduk

Pembelian itu, yang memerlukan pembayaran S$296 juta oleh gereja, telah diuruskan dengan CapitaLand setelah gereja itu mengetahui bahawa CapitaLand sedang berbincang dengan beberapa pihak pembeli yang lain atas kemungkinan menjual mall itu. 

"Manakala kami telah mengucapkan harapan kami agar CapitaLand akan terus kekal sebagai pemilik dan pengurus ruangan komersial itu, kami difahamkan bahawa CapitaLand telah memulakan proses penjualan untuk The Star Vista," kata gereja itu pada hari Rabu.

The Star Vista kini telah dibeli oleh Gereja New Creation

Pengerusi majlisnya, Diaken Yong Chee Ram, berkata gereja tidak ingin ketidaktentuan ruangan itu beralih kepada pembeli lain, oleh kerana PAC juga digunakan sebagai tempat ibadah bagi New Creation pada hari-hari ibadah. 

"Oleh kerana The Star Vista dan The Star PAC adalah berkait rapat tanpa dapat dipisahkan, matlamat segera kami... adalah untuk melindungi kepentingan gereja dan memelihara pengalaman baik untuk semua orang yang mengunjungi The Star PAC," katanya.

New Creation menambah bahawa sesuai dengan garis panduan penggunaan zon, ruangan komersial The Star Vista akan dikekalkan, dan gereja sedang meneroka kemungkinan untuk CapitaLand terus menjalankan dan menguruskan mall itu bagi pihaknya.

Kawasan mall The Star Vista

Bermula di sebuah rumah pangsa di Holland Drive pada 1983, gereja bebas itu hari ini juga mempunyai tempat-tempat ibadah lain termasuk Marina Bay Sands Ballrooms, Cathay Cineplex Causeway Point dan GV Grand (Great World City). 

Dalam kenyataan yang berasingan, CapitaLand berkata bahawa penyerahan dijangka dilakukan sepenuhnya pada penghujung tahun ini, dan memberikan syarikat itu keuntungan bersih S$145 juta.

Presiden CapitaLand, Jason Leow berkata penjualan The Star Vista adalah sebahagian daripada "strategi kitar semula aset" yang memberikan syarikat lebih kemampuan kewangan untuk "menangkap kesempatan pertumbuhan yang baharu".

Dalam setahun yang lepas, CapitaLand telah menjual hampir S$5.7 bilion aset, melebihi sasaran tahunannya untuk penjualan sebanyak S$3 bilion. 

Mall The Star Vista telah siap dibina dan dibuka kepada orang awam pada 2012

Gereja New Creation menerusi cabang perniagaannya, Rock Productions, telah membelanjakan S$500 juta untuk membina The Star PAC pada 2007 untuk menampung pertumbuhan pesat jemaatnya pada waktu itu. 

Ianya melaporkan mempunyai 31,000 anggota pada 2016, dan telah menjadi tajuk berita apabila ianya telah mengumpulkan dana S$21.1 juta dalam sehari pada 2010, kebanyakannya daripada sumbangan ahli-ahlinya. 

(Diterjmahkan daripada artikel Straits Times bertajuk, "New Creation Church Buys The Star Vista For $300m To Protect Interests of Church" yang ditulis oleh Clement Yong bertarikh 20 November 2019)