Selasa, 5 November 2019

Wanita Muslim Bersihkan Kuburan Nenek Kristiannya Semasa All Souls' Day


Perbezaan agama tidak menghalang seorang wanita Malaysia daripada memberikan penghormatan kepada nenek kesayangannya. 

Seorang blogger Malaysia Timur yang dikenali sebagai Cikgu Emmet berkongsi satu kisah menyayat hati bagaimana Dayang Rafidah Awang Osman dengan rasa tanggungjawab membersihkan pusara ahli keluarganya pada All Souls' Day di sebuah perkuburan di Kuching, Sarawak.

"(Dayang Rafidah) bersama ibu dan ibu saudaranya yang beragama Islam turut membersihkan kubur mendiang neneknya yang telah lama tiada. 

"Meskipun kelihatan agak janggal kerana mereka adalah keluarga Muslim tetapi kehadiran mereka disambut sapaan dan senyuman dari pengunjung lain.



"Menurut cikgu Dayang Rafidah..walaupun neneknya bukan beragama Islam dan ibunya pula seorang mualaf ia tetap tidak memutuskan rasa kasih dan sayang walaupun nenek (ibu kepada ibu Dayang Rafidah) telah meninggal dunia," begitu ditulis oleh Cikgu Emmet.

Blogger itu mengakhiri posnya dengan menggelarkan Dayang Rafidah dan keluarganya sebagai contoh keharmornian agama yang harus dicontohi oleh semua rakyat Malaysia. 

Kisah itu telah mendapat reaksi yang kebanyakan besarnya positif dari pengguna-pengguna Facebook, dengn sesetengah daripada mereka juga berkongsi pengalaman mereka dalam keluarga yang berbilang agama.

"Inilah Sarawak yang saya cintai. Walaupun kita dari pelbagai agama, kita masih menjalinkan hubungan persahabatan satu dengan lain," begitu ditulis Anne Phang. 

"Ibu saya juga telah mengalami hal yang sama. Walaupun dia bertukar agama ke Islam, dia tidak pernah lupa menziarahi kuburan nenek dan adiknya setiap tahun," kata Kathy Awang.

(Diterjemahkan daripada artikel Malay Mail bertajuk, "Muslim Woman Dutifully Cleans Grave of Her Christian Grandmother On All Souls' Day" yang ditulis oleh Tan Mei Zi bertarikh 5 November 2019)