Rabu, 29 Januari 2020

Menteri Sabah Siasat Dakwaan Usaha Menukar Agama Pelajar Kepada Islam


Malaysia mesti hentikan usaha-usaha halus oleh kumpulan-kumpulan Islam untuk menukar agama pelajar-pelajar di sekolah-sekolah dan universiti-universiti, kata seorang ahli politik Sabah yang ingin bertemu dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai isu yang sudah lama berpanjangan itu. 

Pembantu Menteri Pendidikan dan Inovasi Negeri, Jenifer Lasimbang memberitahu The Malaysian Insight bahawa dia sedang menyiasat dakwaan seorang wanita Iban bahawa anak perempuannya telah ditawarkan wang untuk menukar agama kepada Islam. 

Wanita itu, dari Sibu, Sarawak, berkata anak perempuannya, seorang pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak telah ditawarkan bantuan kewangan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menerusi programnya Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) jika dia bersetuju melakukannya. 

YaPEIM, dalam satu kenyataan yang dimuatkan di laman Facebooknya pada hari Rabu, menafikan dakwaan itu, dengan berkata bahawa Inspirasiku bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar dari keluarga-keluarga B40.

Sambil menuntut agar usaha-usaha yang didakwa untuk menukar agama pelajar-pelajar itu diberhentikan, Lasimbang berkata institusi-institusi pendidikan bukanlah tempat untuk menyebarkan agama.

"Ini perlu dihentikan. Memang adalah biasa diadakan kelas-kelas dan program-program agama untuk membina karakter pelajar-pelajar Islam, tetapi ianya tidak harus melampaui batas dengan menggunakan kelas-kelas ini dalam usaha mereka menukar agama pelajar-pelajar."

Ahli Undangan Negeri untuk Moyog itu berkata dia telah mendapat maklumat dalam siasatannya, tetapi belum lagi mengesahkan identiti ibu dari Sibu itu dan bercakap dengannya.

Dalam hal ini, Lasimbang sedang dibantu oleh kawan-kawan di bandar Sarawak itu.

Dalam satu hantaran Facebook, dia berkata, "Saya sedang menyiasat dakwaan di bawah. Salah satu daripada (banyak) mesej yang saya terima pagi ini.

"Seorang anggota gereja di Katedral Sacred Heart (di Sibu) memberitahu saya bahawa anak perempuannya sedang belajar di UPSI Tanjung Malim (dan) dia terima tawaran daripada YaPEIM.

Jenifer Lasimbang, Pembantu Menteri Pendidikan & Inovasi Sabah

"Satu-satunya syarat untuk menerima RM1,000 adalah untuk menukar agama kepada Islam. Anak perempuan itu menelefon ibunya mengenai perkara itu. Seorang anak perempuannya lagi di ST E (St Elizabeth di Sibu) menerima tawaran yang sama, tetapi untuk RM500."

Dia berkata dia berminat untuk menyiasat dakwaan wanita itu sebab "perkara ini benar-benar berlaku" di negeri asalnya.

"Ini bukan perkara baru. Perkara seperti ini sudah terjadi selama beberapa tahun."

Dia berharap dapat bertemu dengan Dr Mahathir, yang merupakan pemangku menteri pendidikan, tidak lama lagi untuk membincangkan isu itu.

"Saya didatangi ibubapa-ibubapa yang menunjukkan saya borang-borang yang mereka diminta tandatangani untuk mendapatkan bantuan kewangan."

Tak wajar untuk berusaha menukarkan agama orang kepada mana-mana agama dengan memancing mereka dengan wang, atau menukarkan agama pelajar-pelajar di bawah umur tanpa izin ibu bapa mereka, kata Lasimbang.

Dia berkata di Sabah, satu taktik yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan Islam ialah dengan mendapatkan kerjasama warden-warden Islam di asrama sekolah.

Warden-warden ini akan memberikan layanan khas kepada pelajar-pelajar yang disasarkan, seperti membawa mereka menonton wayang pada hujung minggu atau belanja mereka makan hidangan yang bagus.

Ini menyebabkan pelajar-pelajar terhutang budi dengan warden-warden itu, yang hanya mengambil kesempatan ke atas pelajar-pelajar di bawah jagaan mereka yang mudah dipengaruhi, kata wakil rakyat itu.

"Ketika kita jauh dari kampung halaman, berseorangan dan keseorangan, kita akan mudah dipengaruhi."

Lasimbang berkata dia telah menyaksikan dan mengalami secara sendiri usaha-usaha untuk menukarkan agama pelajar-pelajar ketika dia belajar di Universiti Utara Malaysia di Kedah.

Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Bukit Assek, Irene Chang berkata dia belum lagi berhubung dengan wanita Iban yang mendakwa anak perempuannya ditawarkan wang untuk menukar agama.

Berkenaan penafian YaPEIM bahawa program Inspirasiku adalah usaha penukaran agama, pemimpin DAP itu berkata usaha-usaha menukarkan agama pelajar-pelajar itu kemungkinan perbuatan pegawai-pegawai yang berlebih-lebihan di yayasan itu.

"Saya percaya adalah kemungkinan bahawa walaupun pendirian rasmi mungkin seperti kenyataan rasmi itu, terdapat kemungkinan sesetengah pegawai yang berlebih-lebihan bertindak secara sendiri ketika menjalankan tugas mereka.

"YaPEIM harus menyelidik, untuk memastikan bahawa dakwaan-dakwaan itu tidak terjadi. Dan seharus tidak terjadi."

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin telah kena troll oleh pengguna-pengguna Facebook apabila dia membuat hantaran bahawa dakwaaan wanita Iban itu tidak benar, selepas bertanya pada Jabatan Perdana Menteri, YaPEIM dan penyokong-penyokong PH di Parlimen untuk pengesahan.

Dia telah berkongsi penafian YaPEIM dan merayu kepada pengguna-pengguna media sosial agar tidak menyebarkan "berita palsu," sambil juga menyeru polis untuk bertindak terhadap mereka yang menyebarkan maklumat palsu.

Wakil rakyat PH itu mengakui kepada The Malaysian Insight bahawa dia tidak pernah mendapatkan pengesahan daripada wanita itu sendiri.

"Saya tidak memiliki maklumat (untuk berhubung) dengan orang yang telah membuat dakwaan itu, tetapi jika ada kes yang seperti itu, saya meminta mereka untuk tampil ke hadapan untuk membuat laporan polis."

Ahli parlimen penggal pertama itu merayu kepada wanita itu untuk menghubunginya jika dia memerlukan bantuan.

Dia berjanji bahawa dia akan "melakukan apa saja yang perlu untuk melindungi kepercayaan mereka," dengan menambah bahawa dia tidak bersetuju dengan ushaha-usaha penukaran agama seperti itu.

Sementara itu, pengguna Facebook, Agnes Mukan mempersoalkan mengapa bantuan kewangan sedang disalurkan melalui YaPEIM, dan berkata mesti ada niat yang tersembunyi di sebaliknya.

(Diterjemahkan daripada artikel The Malaysian Insight bertajuk, "Sabah Minister Investigates Alleged Attempt To Convert Student To Islam" yang ditulis oleh Desmond Davidson bertarikh 25 Januari 2020)