Selasa, 9 Jun 2020

Bagaimana Merakam Video Dengan Berkesan Untuk Penyembahan / Khutbah


Oleh Gina Yap Lai Yoong:

Sebagai seorang produser, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerana virus Covid19 yang semakin menular, ramai orang-orang berbakat yang saya bekerjasama dengan terpaksa merakam video sendiri untuk produksi yang saya uruskan. Selepas beberapa minggu, saya menjadi letih kerana terpaksa mengulangi taklimat yang sama kepada mereka untuk memastikan mereka mendapat rakaman yang terbaik. Kasihan juga kerana ada yang berulang merakam untuk memastikan mutu rakaman adalah cukup baik.

Jadi saya meminta tolong kawan saya, Olivia Oon, yang merupakan seorang juruvideo profesional, untuk menghasilkan sebuah video dengan tip-tip yang membantu kami semua. Sekurang-kurangnya, saya hanya perlu menghantar video tutorial ini sebagai taklimat dan menjimatkan masa masing-masing. Video yang dihasilkan oleh Olivia begitu bermutu dan berkesan, jadi saya meminta kebenarannya untuk dikongsikan bersama satu dunia. Dia bersetuju, jadi ini dia videonya. Semoga video ini membantu kamu yang perlu merakam untuk produksi kamu.

(Diambil daripada video YouTube Gina Yap Lai Yoong bertajuk "Bagaimana Merakam Video Dengan Berkesan" bertarikh 7 Jun 2020)