Sabtu, 18 September 2021

TONTON: Tragedi Keluarga Di Sebalik Lagu Kristian Hit Yang Menyayat Hati


Artis lagu Kristian, Anne Wilson berkata kebangkitannya yang mendadak sehingga dikenali ramai telah terbit dari suatu waktu yang gelap dalam hidupnya. Tetapi kasihnya untuk "My Jesus" telah mengatasi segalanya," gadis berusia 19 tahun itu memberitahu Bob Smietana dari Religion News.

Rakaman video sulungnya baru-baru ini mencapai No.1 di carta Billboard untuk lagu Kristian dan video rasminya telah ditonton lebih daripada 6.2 juta kali di YouTube. Satu versi live lagu itu, dipersembahkan dengan penulis bersama dan artis Kristian, Matthew West, telah ditonton lebih daripada 2.6 juta kali di Facebook.

Selepas abangnya secara tragik meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada usia 23 tahun, Wilson yang pada ketika itu berusia 15 tahun, telah menyanyi di hadapan umum untuk pertama kalinya, menyampaikan lagu Hillsong "What A Beautiful Name, melalui laman webnya. Video rakaman itu telah menjadi viral dan akhirnya mendapatkannya perjanjian untuk membuat rakaman. 

Wilson meneruskan tema kehadiran Tuhan di tengah-tengah keperitan dalam "My Jesus," menyanyikan, "Are you past the point of weary/ Is your burden weighing heavy/ Is it all too much to carry/ Let me tell you 'bout my Jesus."

Tontonlah dan menyembah bersama Wilson, yang dengan berani mengisytiharkan, "His love is strong and His grace is free/ And the good news is I know that He/can do for you what He's done for me/ Let me tell you 'bout my Jesus." 

(Diterjemahkan daripada artikel "WATCH: Family Tragedy Turns To Heartfelt Gospel Hit" bertarikh 17 September 2021)