Bishop Mar Mari Emmanuel telah ditikam dalam serangan di The Good Shepherd Church pada hari Isnin bersama tiga orang yang lain. Kecederaan yang dialami mereka tidak mengancam nyawa dan dia berkata dia sedang "pulih dengan cepat."
Insiden itu kemudian telah diumumkan sebagai serangan teroris bermotivasi agama. Seorang berusia 16 tahun telah ditahan berkenaan serangan itu dan telah dikenakan dakwaan melakukan tindakan teroris.
Insiden itu telah membangkitkan rusuhan di luar gereja itu di mana 10 kereta polis telah dirosakkan dan dua anggota polis tercedera.
Dalam mesej audionya yang disiarkan ke media sosial, bishop itu menyeru untuk keamanan dan menggesa pengikut-pengikutnya "untuk bertindak serupa Kristus."
"Tuhan Yesus tidak pernah mengajar kita untuk melawan. Tuhan Yesus juga tidak mengajar kita untuk membalas."
Bishop itu seteruskan menyatakan bahawa dia telah mengampuni "sesiapapun yang telah melakukan perbuatan ini" dan bahawa dia sedang berdoa untuk penyerangnya,
"Dan saya akan sentiasa berdoa untuk kamu. Dan sesiapapun yang menghantar kamu untuk melakukan ini, saya juga mengampuni mereka dalam nama Yesus yang berkuasa," katanya.
(Diterjemahkan daripada artikel Christian Today bertajuk, "Bishop In Church Stabbing Forgives Alleged Attacker" bertarikh 19 April 2024)