Linus mengucapkan ayat-ayat dari Injil Lukas untuk menjawab soalan Charlie Brown mengenai maksud sebenar Krismas |
Lebih daripada lima puluh tahun yang lalu, filem animasi A Charlie Brown Christmas (Hari Krismas Charlie Brown), telah julung kalinya
disiarkan sebagai rancangan televisyen di Amerika. Beberapa eksekutif rangkaian
berfikir bahawa rancangan tersebut tidak akan dipedulikan, dan beberapa orang
lagi berasa risau sekiranya ayat-ayat Alkitab yang disebut akan menyinggung
perasaan penonton. Beberapa orang pula menginginkan pencipta cerita tersebut,
Charles Schulz, mengeluarkan kisah mengenai Krismas daripada rancangan
tersebut, tetapi dia tetap mahu cerita Krismas itu dimasukkan. Rancangan
tersebut berjaya menjadi kegemaran dan telah ditayangkan berulang kali setiap
tahun sejak tahun 1965.
Apabila Charlie Brown, pengarah lakonan pentas Krismas kanak-kanak yang geram berasa kecewa terhadap nilai komersial musim perayaan, dia bertanya sama ada sesiapa tahu akan maksud sebenar Krismas. Linus membaca daripada Lukas 2:8-14 yang merangkumi “Pada hari ini di kota Daud telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan. Inilah tandanya: Kamu akan menemui seorang bayi yang dibedung dengan kain dan berbaring di dalam palung. Tiba-tiba malaikat itu disertai oleh sepasukan besar malaikat syurga, yang memuji-muji Allah, Termulialah Allah di langit yang tertinggi! Dan di atas bumi, sejahteralah manusia yang menyenangkan hati-Nya!” (ayat 11-14). Lalu Linus berkata, “Itulah maksud sebenar Krismas, Charlie Brown.”
(Dipetik daripada artikel Pedoman Harian bertajuk, "Maksud Krismas Yang Sebenar" terjemahan daripada penulisan David McCasland bertarikh 5 Disember 2015)