Pastor Andy Foor menyelamatkan seorang wanita yang terjatuh ke dalam sungai |
Sambil Pastor Andy Foor bersiap-siap untuk apa yang difikirkannya pagi Sabtu yang aman untuk memancing di Sungai Kenai di Alaska, dia tiba-tiba mendengar suatu jeritan. Seorang wanita telah terjatuh ke dalam sungai berdekatan. Foor mengucapkan satu doa dan melancarkan pancingnya. Tuhan mengatur yang selanjutnya.
Foor, seorang penduduk Everett, Pennsylvania sedang mengunjungi Alaska untuk musim panas. Dia sedang memancing di sebuah dok di hilir sungai berdekatan jambatan Lebuhraya Sterling di Soldotna pada lebih kurang 5.30 pagi Sabtu apabila dia melihat dua wanita berjalan di tebing sungai, menurut Peninsula Clarion.
Selepas salah seorang daripada wanita itu terjatuh ke dalam air, pada mulanya dia tenggelam dan tidak kelihatan lagi selama kira-kira 15 saat, kata Foor. Pada waktu itu, dia berfikir bahawa wanita itu tidak akan timbul lagi, katanya.
Apaila wanita itu timbul lagi, Foor hanya dapat melihat bahagian atas rambut perang mudanya. Wanita itu tidak memakai baju pelampung, dan dia menjerit, "Saya tidak tahu berenang. Saya sedang lemas!" kata pastor itu, yang dapat mengingat bahawa semua orang di situ berdiri terpaku dengan perasaan tak terdaya.
Wanita itu terjatuh dalam arus berdekatan jambatan dan sudah cukup jauh di sungai sehingga tiada orang yang dapat mencapainya, begitu dilaporkan Peninsula Clarion. Pemancing-pemancing lain di dok itu tidak tahu apa nak dilakukan. Foor berkata dia berfikir menanggalkan kasutnya dan berenang kepada perempuan itu, tetapi menyedari bahawa dia tidak dapat menyelamatkan wanita itu.
Jadi dia menoleh kepada jorannya.
"Saya ucapkan satu doa, dan suatu suara berkata, 'Balingkan tali pancingmu ke dalam air.'" kata Foor. "Saya menjerit kepada wanita itu untuk menarik perhatiannya, dan saya membalingkan pancing."
Foor berkata dia terfikir samada untuk membuka mata kail dan pemberat dari tali pancingnya, tetapi suara yang sama itu, Tuhannya, yang menyuruhnya membaling pancing, menyatakan ianya sudah ok, katanya.
Dia berkata bahawa mata wanita itu tertumpu kepadanya. Tali pancing itu mencapai wanita itu dan dia menggenggamnya. Foor menarik wanita itu ke arah dok di mana dia berdiri. Seorang pemancing lain menuruni anak tangga dan membantu wanita itu untuk menaiki dok itu, di mana pemancing-pemancing lain membantunya mengeringkan diri dan memanaskan badan.
Foor dengan wanita yang diselamatkan |
"Wanita itu berkata, 'Di manakah orang yang telah membaling tali pancing itu kepadaku? Di manakah orang yang telah membaling tali pancing itu kepadaku?'" Foor berkata. "Dan saya pun turun dan berkata, 'Bapa mengasihimu, dan sayalah orangnya.'"
Wanita itu terus datang kepadanya dan memeluknya, dia berkata.
Foor berkata orang-orang yang lain berpendapat bahawa wanita itu akan mati jika dia tidak membalingkan tali pancing kepadanya. Dia berkata bahawa dia hanya mahu memberi segala kemuliaan kepada Tuhan atas penyelamatan itu.
Sungai Kenai adalah sungai yang dingin dan mengalir deras. Ramai orang mengadakan rekreasi di atas atau berdekatannya, dan terjadi kematian atau pun nyaris-nyaris kematian setiap tahun di sungai itu.
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel The Gospel Herald bertajuk, "Angler Catches Woman Instead Of fish In Alaska, Credits God For Rescue" yang ditulis oleh Julie Brown Patton bertarikh 23 Julai 2016)