Khamis, 8 September 2016

Hillsong United Mempersembahkan Lagu "Oceans" Di Today Show

Band Hillsong United di Studio 1A untuk menyampaikan lagu "Oceans" di Today Show

Kumpulan Kristian kontemporari Hillsong United memenuhkan dewan di sekeliling dunia, dan mereka telah mempersembahkan lagu hit mereka "Oceans" di Today Show untuk Kathie Lee dan Hoda. 

Kumpulan ini yang bermula sebagai band sebuah gereja kecil di Sydney, Australia, akan dipaparkan dalam satu filem dokumentari "Let Hope Rise." Filem itu menjejaki perjalanan mereka yang menakjubkan sehingga menjadi band yang dikenal secara antarabangsa yang hari ini memimpin penyembah-penyembah Kristian di sekeliling dunia.




"Saya tidak tahu kenapa Tuhan telah menggunakan satu band kecil pemuda-pemudi di pinggiran Sydney, tetapi untuk sesuatu sebab Dia telah memberikan kami kesempatan itu," kata Brian Houston dari Hillsong United. 

Filem yang dinanti-nanti itu telah ditangguhkan selepas studio asal yang memiliki hak, mengalami masalah kewangan. Ianya kini diedarkan oleh Pureflix, yang sudah dikenal kerana membawa filem-filem berdasarkan iman ke layar besar.

Diarahkan oleh Michael Jack Warren, yang antara penghasilannya termasuk filem Jay Z "Back to Fade," filem itu bertujuan menonjolkan apakah erti menjadi pengikut Kristus di dunia modern hari ini. 

"Pada penghujungnya kejayaan kami bukanlah mengenai kami, ianya segala-galanya mengenai Tuhan," kata Houston. "Tanpa-Nya tidak ada apa-apa lagi."

Band itu adalah sebahagian daripada gereja global Hillsong yang memiliki sidang di lima benua dengan lebih 100,000 orang mengikuti kebaktian mingguan mereka. 




(Filem "Let Hope Rise" akan mula ditayangkan di pawagam pada 16 Sep 2016).

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Today Show bertajuk, "Hillsong United Performs 'Oceans,' Talks New Docomentary 'Let Hope Rise'" yang ditulis oleh Kyle Michael Miller bertarikh 7 September 2016)