Khamis, 23 Februari 2017

Pastor Yang Hilang Pernah Terima Peluru Yang Telah Dihantar Ke Rumahnya Enam Tahun Lalu


PETALING JAYA: Enam tahun yang lalu Pastor Raymond Koh yang kini hilang telah menerima sebiji peluru yang telah dihantar ke rumahnya, begitu didedahkan oleh seorang kawan rapat yang amat sedih atas penculikannya.

Dia berkata Koh kemudiannya telah membuat laporan polis mengenai ugutan bunuh itu.

Pengarah Komuniti Harapan itu, yang tidak ingin disebut namanya, berkata insiden tu terjadi selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di jamuan kesyukuran dan mengumpul dana yang dianjurkan oleh kumpulan itu di sebuah gereja di Petaling Jaya pada 2011.

"Sejak itu tidak ada lagi ugutan bunuh dan saya tidak tahu siapakah yang ingin menculik atau mencederakannya," dia berkata sewaktu dihubungi.

Dia berkata Koh telah menubuhkan Komuniti Harapan pada 2004 untuk membantu ibu-ibu tunggal, penagih-penagih dadah dan mereka yang dijangkit HIV/ AIDS.

Pusat komuniti di Taman Sri Manja itu juga digunakan sebagai tempat untuk kanak-kanak mmpelajari Bahasa Inggeris, mendapat tusyen percuma dan membuat kerja rumah mereka.

Seorang pekerja di pusat Komuniti Harapan itu, yang juga tidak ingin dinamakan, berkata kali terakhir dia melihat "Uncle Koh" adalah pada 7 Februari.

"Dia seperti dirinya yang biasa dan berbincang mengenai hal-hal berkenaan pusat itu," katanya.

Dia berkata ibubapa-ibubapa yang menghantar anak-anak ke pusat itu juga merasa bimbang mengenai keadaan Koh.

"Koh sangat mengasihi komuniti di sini, dia ingin agar kanak-kanak mempunyai tempat untuk membaca sebab dia percaya bahawa melalui pendidikan, nilai-nilai yang baik dapat diterapkan dalam mereka," katanya.

Peguam Annou Xavier, yang telah mewakili Komuniti Harapan semasa serbuan Jais pada 2011, telah dipanggil oleh polis untuk membantu dalam siasatan pada Selasa malam.

Annou berkata kenyataanya telah dicatat.

Mereka yang berkaitan dengan NGO itu juga telah dicatat kenyataan mereka sebelum itu, dia menambah.

"Polis sedang berusaha untuk mendapatkan sebanyak maklumat yang mungkin untuk petunjuk," katanya.

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel, "Abducted Pastor Received Bullet At Home Six Years Ago" bertarikh 23 Februari 2017)