1. Berhenti mengharap bahawa dunia akan suka pada anda. Yesus berkata ianya akan membenci anda (Yohanes 15:18-27, Matius 10:22).
2. Berhenti mempersalahkan rakan sepasukan anda.
"Kita dipanggil untuk membina satu sama lain, bukan menjatuhkan satu sama lain. Sesungguhnya, Yesus berkata kasih kita untuk satu sama lain membuktikan kepada dunia bahawa kita benar-benar murid-murid-Nya yang sejati (Yohanes 13:35, 1 Tesalonika 5:11)."
3.Berhenti bergosip. Ini termasuklah berkongsi "permintaan doa yang mengandungi maklumat enak" tanpa ada niat sebenar untuk berdoa (Mazmur 34:13, Mazmur 101:5, Efesus 4:29).
4. Berhenti menggantikan doa dengan "perasaan bagus" atau "fikiran positif." Tidak. Jangan begitu. Doa menggerakkan tangan Tuhan dan tangan Tuhan mengubah dunia.
Doa itu lebih berkesan daripada membuat seseorang merasa bagus dalam dirinya. Saya bukan berkata bahawa pemikiran positif dan perasaan bagus adalah salah (dan ianya memang menjadikan anda rasa bagus), saya cuma mengatakan doa jauh lebih baik daripada kedua-duanya (2 Korintus 1:11, Filipi 1:19, Efesus 6:18, Yakobus 5:16)."
5. Berhenti mengatakan bahawa pertaubatan itu tidak perlu. Ianya perlu. Yesus mengatakannya.
"Dan supaya anda tahu, terdapat 53 rujukan mengenai pertaubatan dalam Perjanjian Baru. Jadi bertaubatlah sekarang (Matius 5:17, Kisah Para Rasul 3:19, Roma 2:5, 2 Petrus 3:9, 1 Yohanes 1:9)
6. Berhenti mengatakan bahawa "bahagian-bahagian Alkitab yang membuat anda rasa tidak selesa" adalah tidak relevan dan tidak lebih daripada penulisan yang ketinggalan zaman.
"Semua 66 buku, 1,189 fasal, dan 31,102 ayat adalah Firman Tuhan yang diilhamkan. Jadi sebelum anda fikirkan untuk mengetepikan Perjanjian Lama, ingatlah bahawa Yesus menyebut daripadanya berkali-kali dalam kesemua empat injil (Yohanes 1:1-4, Yohanes 1:14, 2 Timotius 3:16).
7. Berhenti memikirkan bahawa orang-orang bukan Kristian akan memahami Alkitab dan/atau hidup seperti Kristus.
"Sudah cukup susah untuk orang-orang Kristian hidup seperti Kristus, dan ianya mustahil dilakukan tanpa-Nya (sehinggalah hal-hal yang menutupi pemikiran dibukakan) (2 Korintus 4:4, 2 Korintus 5:17, Galatia 5:24-25)."
8. Berhenti melakukan seolah-olah Amanat Agung (Pergilah ke seluruh dunia dan beritakan Injil) adalah Cadangan Agung.
"Ianya adalah perintah. Jadi pergilah (Matius 28:19, Markus 16:15)."

9. Berhenti berfikir bahawa adalah OK untuk membisu mengenai iman anda.
"Ya, ianya sama pentingnya untuk memaparkan Kristus dengan cara kita hidup, tetapi seseorang itu tidak dapat respon kepada Berita Baik itu tanpa mendengarnya... dan mereka tidak dapat mendengarnya jika tiada orang yang mengucapkannya (Matius 10:27, Roma 10:14-15)."
10. Berhenti terlebih bersungguh-sungguh mengenai keanggotaan politik anda daripada hubungan anda dengan Yesus.
"Jika 99 peratus daripada apa yang anda muatkan di media sosial merangkumi menghentam pegawai-pegawai kerajaan dan calon-calon presiden - anda melakukan lebih keburukan daripada kebaikan (Roma 13:1-7, 2 Tawarikh 7:14)."
11. Berhenti menghentam orang berulang-ulang dengan Alkitab.
"Itu tidak pernah berhasil. Saya tak peduli walaupun anda betul - anda bersikap buruk, tiada orang yang akan mendengar. Kasih itulah yang memenangkan! (1 Korintus 13)."
12. Berhenti membuat pekikan yang bersifat ultrakeundangan, reaksi pantas tanpa memikirkan, dan sikap penghakiman.
"Anda membuat orang merasa jijik. Anda mengubah berita baik menjadi berita buruk. Yesus bersahabat dengan orang-orang berdosa. Cuba lakukanlah dan sesuatu yang mengkagumkan akan terjadi (Markus 2:17, Lukas 5:27-32, 1 Timotius 1:15-16)."
13. Berhenti memanggil diri anda Kristian jika anda percaya terdapat pelbagai jalan yang membawa kepada keselamatan.
"Yesus mengatakan bahawa Dialah satu-satunya jalan ke syurga. Jika anda tidak percaya kepada-Nya, anda bukanlah pengikut Kristus (Yohanes 14:6, 1 Yohanes 2:4)."
14. Berhenti menjalani hidup seolah-olah semua orang akan ke syurga dan tiada yang akan pergi ke neraka.
"Yesus mati supaya seluruh dunia dapat diselamatkan, tetapi Dia berkata jalan ke syurga itu sempit dan sedikit orang yang akan menemukannya. Dan untuk pengetahuan kita, Yesus berbicara lebih banyak mengenai neraka daripada syurga... tetapi Dia melakukannya tanpa memekikkannya dan menggunakan cara menakutkan untuk memanipulasi (Matius 7:13-14).
15. Berhenti berlagak seolah-olah anda lebih baik daripada mereka yang tidak mengenal Yesus. Anda bukan lebih baik (Lukas 18:19, KPR 18:19, Roma 2:11-13).
16. Berhenti mengkritik orang-orang percaya yang memiliki kasih, yang mengambil pendirian alkitabiah untuk hidup yang moral.
"Yesus tidak memanggil kita untuk mengelak daripada mengatakan yang benar (walaupun mungkin tidak disukai golongan tertentu). Kita mesti ada pendirian. Dan ya, jangan jadi pengecut (KPR 4-6)."
17. Berhenti mengatakan mengenai selumbar di mata saudara anda manakala mengabaikan balak di mata anda sendiri.
"Saya sendiri juga tidak melihat jelas kerana balak di mata saya sendiri (Matius 7:3-5)."
18. Berhenti menjadi orang yang bodoh sombong.
"Apapun pendirian anda (mengenai apapun), jika anda tidak dapat menyampaikannya dengan kasih, anda adalah gong yang berkumandang dan mesej anda tiada nilainya (1 Korintus 13).
19. Berhenti mempertahankan dosa. Berhenti membenci orang yang berdosa.
"Kedua-dua itu sama pentingnya. Dan ya, jangan miliki sifat ysng suka mengkritik (Mazmur 97:10, Matius 22 37-39)."
20. Berhenti gunakan ayat, "Barangsiapa tidak berdosa, hendaklah ia yang pertama melemparkan batu" di luar konteks maksudnya.
Perkataaan berikut yang diucapkan oleh Yesus ialah, "Pergilah dan jangan berbuat dosa lagi (Yohanes 8:1-11)."
21. Berhenti menggunakan kasih karunia sebagai lesen untuk hidup sesuka hati.
"Yesus adalah kasih karunia, oleh itu janganlah menginjak-Nya di bawah telapak kaki (Roma 6:1-2, 1 Yohanes 2:4, Ibrani 10:26-31)."
22. Berhenti mengatakan ungkapan ini (bila mengajak orang ke gereja) "datanglah seadanya anda" jika anda akan merungut ketika mereka muncul (Markus 2:17, Lukas 5:27-32).
Kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda!
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Hello Christian bertajuk, "22 Things Christians Need To Stop Doing... Now!" yang ditulis oleh Will Maule bertarikh 16 Mei 2016)