Khamis, 16 Mac 2017

Martin Niemoller: "Mulanya Mereka Datang Untuk Orang-Orang Sosialis..."


Martin Niemoller (1892-1984) adalah seorang pastor Protestan yang terkenal yang telah muncul sebagai musuh awam yang bersuara lantang kepada Adolf Hitler dan menghabiskan tujuh tahun terakhir pemerintahan Nazi di kem tahanan.

Niemoller kemungkinan paling diingati untuk petikan kata-kata ini:

Martin Niemoller
"Mulanya mereka datang untuk orang-orang Sosialis, dan saya tidak bersuara --
Sebab saya bukan Sosialis.

Kemudian mereka datang untuk ahli-ahli Kesatuan Sekerja, dan saya tidak bersuara --
Sebab saya bukan ahli Kesatuan.

Kemudian mereka datang untuk orang-orang Yahudi, dan saya tidak bersuara -- 
Sebab saya bukan Yahudi.

Kemudian mereka datang untuk saya -- dan tiada lagi orang untuk bersuara untuk saya."

- Martin Niemoller

Petikan kata-kata itu asalnya dari ceramah-ceramah Niemoller semasa tahun-tahun awal selepas Perang (Dunia Kedua). Kini wujud beberapa versi petikan kata itu. Ini adalah kerana Niemoller selalu berucap secara spontan dan dalam pelbagai situasi. Terdapat kontroversi mengenai kandungan puisi itu sebab ianya telah diterbitkan dalam pelbagai bentuk, dan merujuk kepada kelompok-kelompok yang pelbagai seperti Katolik, Saksi-saksi Yehowa, orang-orang Yahudi, ahli-ahli Kesatuan Sekerja, atau Komunis, bergantung pada versinya. Walau bagaimanapun, perkara utama yang Niemoller ingin sampaikan ialah orang-orang Jerman - khususnya, dia percaya, pemimpin-pemimpin gereja-gereja Protestan - telah bersekongkol melalui kebisuan mereka mengenai pemenjaraan. penganiayaan dan pembunuhan berjuta-juta orang oleh pihak Nazi. 

Hanya pada 1963, dalam satu temubual televisyen Jerman Barat, Niemoller mengakui dan membuat satu kenyataan kesal mengenai sikap anti-semitik dirinya (lihat Gerlach, 2000, ms. 47). Sungguhpun begitu, Martin Niemoller adalah salah satu daripada orang-orang Jerman yang paling awal berbicara secara awam mengenai keterlibatan yang lebih meluas Holocaust (pembunuhan beramai-ramai orang -orang Yahudi semasa Perang Dunia Kedua) dan rasa bersalah akan apa yang telah berlaku kepada orang-orang Yahudi. Dalam bukunya, Uber die deutsche Schuld, Not und Hoffnung (diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dengan tajuk Of Guilt and Hope) - yang telah muncul pada Januari 1946 - Niemoller telah menulis "Oleh itu, pada bila-bila waktu saya kebetulan bertemu dengan seorang Yahudi yang saya kenali sebelumnya, dengan itu, sebagai seorang Kristian, saya hanya dapat memberitahunya: 'Kawanku, saya berdiri di hadapanmu, tetapi kita tidak dapat berkumpul, sebab ada rasa bersalah di antara kita. Saya telah berdosa, dan bangsa saya telah berdosa terhadap bangsamu dan terhadap dirimu."

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel USHMM bertajuk, "Martin Niemoller: First They Came For The Socialists...")