Paderi Raymond Koh Keng Joo, yang diculik oleh
seramai 15 lelaki bertopeng hitam, pada 13hb Februari, di Petaling Jaya, masih
kehilangan, lebih sebulan selepas dirampas culik.
Keluarganya tidak menerima sebarang berita tentang keadaan
atau pun kedudukannya, dan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata
yang satu pasukan petugas telah ditubuh untuk mengesan di mana beradanya Paderi Koh.
Setakat ini, IGP tidak ada berita baru, tentang perkembangan
siasatan ini.
Sebaliknya, seorang lelaki Cina, yang berumur 32 tahun
telah ditahan, seminggu lalu, setelah menghubungi keluarga Paderi dan meminta
wang RM30,000 supaya mangsa dibebas.
Tetapi, menurut Ketua Polis Selangor, Abdul Samah Mat,
lelaki ini, yang ditahan di Ampang, Selangor, telah cuba mengambil kesempatan
penculikan paderi Koh walaupun ia tidak terbabit dengan kes ini. Suspek itu
telah menghubungi anak paderi Koh tentang wang tebusan itu.
Pada 5 hb Mac, seramai 300 orang telah berkumpul berdekatan
Ibu Pejabat Polis Selangor di Shah Alam, dan berjaga dalam perpaduan, bersama
ahli keluarga Paderi Raymond Koh.
Rancangan awal mereka, supaya berkumpul di luar stesen Polis
itu, telah dibatalkan apabila pihak polis membantah aktiviti kumpulan itu, dan
50 anggota termasuk pegawai Light Strike Force, telah dihantar menjaga
sepanjang jalan utama di luar Balai polis itu.
Isteri Paderi Koh, Susanna Liew turut menitiskan air mata
apabila dia berhadapan dengan orang ramai dan berucap, serta menyeru penculik
sila melepaskan suaminya. Ia menyatakan yang Paderi Koh sering membantu
golongan miskin yang terpinggir dan yang tidak berkemampuan. Ramai kenal tahu
yang paderi orang yang baik hati.
Ia juga menolong mereka yang terjejas dengan penyakit
HIV/AIDS. Kanak-kanak sekolah, diadakan tempat tuition, di mana mereka boleh
membuat kerja sekolah, dan siapa yang ingin, diajar secara percuma, untuk
belajar cakap bahasa Inggeris.
Secara asing, saya telah diberitahu bahawa kebanyakan orang
yang Paderi Koh tolong, adalah orang Melayu.
Semoga Paderi Raymond Koh harap selamat dan dipulangkan ke
keluarganya, dengan secepat mungkin.
Jika ada sesiapa yang mempunyai maklumat atau telah
menyaksikan penculikan Paderi Koh, sila telefon pihak polis dan membantu
mereka dalam siasatan.
(Diambil daripada artikel Menyelamatkan Malaysia bertajuk, "Kami Doakan Yang Paderi Raymond Koh Selamat" yang ditulis oleh Mariam Mokhtar bertarikh 16 Mac 2017)
Nota Admin: Terima kasih Mariam Mokhtar untuk artikel ini. Ya, kita terus doakan untuk Pastor Raymond Koh agar selamat dan dibebaskan.
Nota Admin: Terima kasih Mariam Mokhtar untuk artikel ini. Ya, kita terus doakan untuk Pastor Raymond Koh agar selamat dan dibebaskan.