Foto dari keratan akhbar Daily Express, 2 April 2017 |
KOTA KINABALU: Pastor Raymond Koh masih belum ditemui semenjak kehilangannya dilaporkan lebih daripada enam minggu lalu. Masa yang berlalu itu merupakan satu penyeksaan dan kelegaan pada waktu yang sama bagi isterinya selama 34 tahun, Susanna Liew.
"Saya tahu dia masih berada di luar sana. Saya boleh rasakannya dalam hati saya. Saya bermimpi akan dia dan kami berbual tentang kesihatannya. Mimpi yang sama terus berulang, di satu tempat yang dikelilingi pasir dan dia berada dalam keadaan baik," katanya.
Susanna dan anaknya Esther membuat penerbangan ke Kota Kinabalu pada Jumaat lepas untuk mengambil bahagian dalam satu himpunan doa khas yang dianjurkan oleh Majlis Gereja Sabah dan Suruhanjaya Hal Ehwal Sabah (Cosa) untuk berdoa kepada Tuhan untuk perlindungan dan kepulangan suaminya.
Dia telah menghadiri ke setiap himpunan doa yang mampu dihadirinya, mengakui bahawa sokongan berterusan dan juga galakan daripada rakan-rakan serta orang tidak dikenali, memberikan dia kekuatan yang diperlukannya untuk terus percaya.
Ketika dia menceritakan kisah-kisah tentang suaminya, kerja-kerja amalnya untuk golongan miskin dan kurang bernasib baik melalui NGO mereka, Harapan Komuniti, dia memberikan senyuman yang lemah tetapi tidak dapat menyembunyikan kesedihan yang dirasainya.
"Saya membuatkan diri saya sibuk agar saya dapat mengelak daripada berfikir tentang ini pada sepanjang masa. Tetapi pada kebanyakan masa saya berasa keseorangan, memori tentangnya datang ke minda dan hati saya. Dan saya tertanya-tanya sama ada dia sihat atau tidak," katanya sambil mengelap air matanya yang bercucuran.
Ia adalah lebih menyakitkan bagi Susanna kerana Raymond diambil daripadanya pada malam sebelum Hari Valentine. Ia adalah satu tradisi bagi mereka untuk keluar makan malam pada setiap Hari Valentine dan Raymond akan memberikan dia sejambak bunga ros, di mana setiap kuntum mewakili ulang tahun perkahwinan mereka.
Tetapi, katanya tahun ini, Hari Valentine-nya berlepas tanpa kehadiran rakan baik dan teman sejiwanya, tanpa mengetahui di mana dia berada dan apa terjadi kepadanya.
Suasana perlahan-lahan memperkuatkan dirinya, air matanya sudah kering dan dia kini mampu memberikan senyuman setelah mengisytiharkan bahawa semua kesakitan itu, hanya memperkuatkan lagi kepercayaannya dan harapannya terhadap Tuhan.
"Saya percaya bahawa Tuhan akan memberi yang terbaik daripada kejadian ini. saya tahu ramai orang tidak pernah berdoa tiba-tiba datang kepada saya dan memberitahu saya bahawa mereka telah mendoakan suami saya. Saya menerima begitu banyak mesej daripada seluruh dunia, sejauh AS dan Eropah, mengatakan mereka mendoakan kepulangannya.
"Ini adalah bukti kerahmatan Tuhan melalui kesengsaraan, semua penganut Kristian akan bersatu dan Tuhan sedang menggunakan kesakitan ini untuk menyatukan kita," katanya.
Semenjak Raymond diculik, pelbagai gereja telah menganjurkan aktiviti himpunan doa agar Tuhan akan menggerakkan hati pesalah untuk mengembalikan lelaki tua itu ke pangkuan keluarga tercintanya.
Susanna masih tidak memahami mengapa seramai 15 lelaki terlibat dalam penculikan seorang lelaki berusia 62 tahun di mana ia dilaksanakan dengan pantas dan profesional, mengambil masa kurang daripada seminit untuk mereka menghentikan kereta Raymond sebelum memindahkannya ke kereta lain.
"Ianya sesuatu yang keterlaluan. Seorang daripada mereka merakam kejadian dengan tenang. Ketika saya pertama kali melihat video CCTV insiden tersebut, saya berasa amat takut. Saya ingat mereka menembaknya. Tetapi saya melihat kakinya bergerak seperti dia sedang bergelut. Jadi saya yakin bunyi itu datang ketika dia terlanggar salah sebuah SUV hitam dalam usahanya untuk melepaskan diri," katanya.
Dia mendedahkan bahawa pada hari itu, Raymond sedang menuju ke rumah kawannya untuk mengejutkannya dan memberikan dia belacan untuk dibawa pulang ke Indonesia.
Dalam kata lain, kata Susanna, Raymond tidak melakukan rutin hariannya dan ini memandangkan peculikan itu berlaku ketika dia melakukan sesuatu luar dari kebiasaan, ini membuktikan bahawa dia diekori.
Perkara tersebut membuatkan mereka berfikir bahawa kemungkinan mereka diintip dan setiap pergerakan mereka diawasi.
"Sekarang saya bimbang akan keselamatan saya sendiri. Kami tidak pernah meninggalkan rumah berseorangan. Dan apabila kami pergi, kami memastikan bahawa kami tidak diekori. Dalam erti kata lain, kami telah menjadi paranoid. Ini adalah kali pertama kami meninggalkan semenanjung dan mempunyai keberanian untuk datang ke Sabah," katanya.
Pastor itu berada di tengah kontroversi pada 2011 selepas Harapan Komuniti dituduh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menukarkan agama orang Muslim, berikutan satu serbuan di satu majlis amal kesyukuran di Gereja Methodist Damansara Utama.
Kemudian, sebuah kotak mengandungi dua butir peluru dan sekeping nota ditulis dalam Bahasa Melayu menggunakan pen berwarna merah darah dihantar ke rumahnya.
Kes itu kemudiannya digugurkan kerana Jais tidak mempunyai bukti mencukupi untuk meneruskan kes itu.
Susanna mengakhiri temubual itu dengan merayu kepada penculik untuk mengembalikan suaminya itu.
"Dia sudah tua. Apa yang boleh dia lakukan? Tolonglah, kami merindukannya. Dia tidak pernah sakiti sesiapa," katanya.
(Diambil daripada artikel akhbar Harian Ekspres bertajuk, "Isteri Pastor Rayu Penculik Pulangkan Suaminya" yang ditulis oleh Tracy Patrick bertarikh 2 April 2017)