Sabtu, 1 April 2017

Keluarga Pastor Yang Diculik Masih Tiada Maklumat Mengenainya

Esther (kiri) memohon doa agar ayahnya, Pastor Raymond akan kembali dengan selamat.
Berdiri besebelahannya adalah Rev Datuk Jerry dan ibunya Susanna (Foto Borneo Post)

KOTA KINABALU: Selepas 46 hari, keluarga Pastor Raymond Koh masih tidak ada maklumat mengenai apa yang telah terjadi kepadanya.

"Kami masih belum ada maklumat mengenai di manakah dia," kata isterinya, Susanna Liew di acara doa untuk kedamaian dan keharmornian yang diadakah di Padang Merdeka berdekatan sini.

"Ianya amat sukar bagi kami sekeluarga dan hanyalah kasih karunia Tuhan yang menguatkan kami selama ini," katanya.

Dia menambah bahawa keluarganya berharap agar Tuhan, pada waktu-Nya yang sempurna akan menyebabkan Pastor Raymond dibebaskan dan disatukan semula dengan keluarga.

Anak perempuannya, Esther berkongsi bahawa keluarganya terkejut dan merasa keliru oleh penculikannya.

"Kami bimbang apa yang telah terjadi kepadanya," katanya.

Dia menambah bahawa ayahnya telah meninggalkan pekerjaaannya sebagai pastor untuk menjadi pekerja sosial.

"Dia sangat terdorong untuk membantu golongan miskin."

Sambil menangis, Esther mengucapkan bahawa dia merindukan ayahnya dan bahawa 46 hari telah berlalu sejak kehilangannya.

"Dia ayah yang baik. Saya mengingati bagaimana dia selalu memasak oat untuk kami setiap hari. Itulah caranya dia menunjukkan kasihnya kepada kami," katanya.

Dia menambah bahawa dia hanya memiliki satu impian iaitu bahawa ayahnya akan kembali dengan selamat dan tidak dicederakan dan bersama-sama keluarga menikmati hidangan oat.

"Kali ini saya akan masak untuknya," katanya.

Esther (baris depan, kedua dari kiri) dan ibunya (baris depan, keempat dari kiri)
menyalakan lilin dan berdoa bersama hadirin acara doa (Foto Borneo Post) 

Esther berkata dia juga mempunyai banyak persoalan di fikirannya, salah satu daripadanya adalah bagaimanakah perbuatan seperti ini boleh dilakukan terhadap seorang yang telah mendedikasikan hidupnya untuk melakukan kebajikan.

Satu lagi persoalan yang berlegar di fikirannya adalah mengapa, walaupun terdapat banyak rakaman CCTV, kes ini masih belum dapat diselesaikan.

Dia kemudiannya memohon doa daripada orang ramai, menyatakan bahawa keluarganya memerlukan doa mereka.

"Kami tidak sentiasa kuat dan ada waktu-waktunya kami lemah. Berdoalah untuk keluarga kami agar kami sentiasa tabah dalam cabaran sekarang dan untuk pihak polis, agar mereka dapat menyelesaikan kes ini, " katanya.

Dia menambah bahawa dalam rakaman video berkenaan penculikan ayahnya, sederetan kenderaan dengan 15 lelaki telah menjalankan operasi itu dalam masa kurang daripada 60 saat.

Lebih kurang 500 orang telah mengikuti acara doa yang telah bermula pada 7.30 malam dan berakhir pada 9.30 malam.

Turut hadir dalam acara itu adalah presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah, Biskop Melter Tais dan timbalan presiden majlis itu, Reverend Datuk Jerry Dusing. 

Foto keratan akhbar Borneo Post - Acara Doa untuk Kedamaian dan Keharmornian
yang diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu malam tadi.


(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Borneo Post bertajuk, "Missing Pastor's Family Still In The Dark" bertarikh 1 April 2017)