Jumaat, 21 April 2017

Pastor Kong Hee Mohon Maaf Sambil Dia Memulakan Hukuman Penjara Untuk Penyalahgunaan Dana Pembangunan Gereja


Pastor City Harvest Church, Kong Hee telah akhirnya memohon maaf untuk apa yang digelarnya sebagai "keputusan-keputusan yang tidak bijak," sambil pastor megachurch itu bersedia untuk memulakan hukuman penjara tiga tahun setengahnya pada hari Jumaat.

"Saya telah, dalam beberapa minggu lepas selepas keputusan mahkamah diumumkan, merenung dengan mendalam, dan telah bersedia untuk apa yang akan datang dan merasakan damai. Saya dengan itu akan memulakan hukuman penjara saya pada 21 Mac 2017. Dalam masa beberapa minggu lepas, saya telah cuba meluangkan sebanyak masa yang mungkin bersama keluarga saya, yang saya akan rindui," begitu ditulis Kong dalam satu catitan Facebook pada hari Rabu.

"Kepada semua yang telah saya kecewakan, menyebabkan tersandung dan melukakan di kalangan jemaat saya, di kalangan Tubuh Kristus seluruhnya, dan kepada semua orang-orang awam, saya benar-benar memohon maaf. Saya telah membuat keputusan-keputusan yang tidak bijak di masa lampau yang telah membawa kepada keadaan saya pada hari ini. Saya penuh dengan kesedihan dan penyesalan atas kesilapan saya dan saya secara ikhlas memohon pengampunan anda," tambahnya.

Seperti yanng dicatitkan oleh Channel News Asia, Kong telah dijatuhkan hukuman bersalah pada 2015 bersama lima lagi pemimpin CHC menyalahgunakan lebih kurang $35 juta dana pembangunan gereja, yang dilaporkan telah disalurkan kepada karir bintang pop isterinya yang juga pastor, Sun Ho. 

Kong telah menegaskan bahawa dana itu telah digunakan untuk menyebarkan mesej Injil gereja itu melalui muzik Ho. Bagaimanpun dia telah meminta maaf untuk kesan buruk yang telah menimpa jemaatnya kerana kes itu. 

Mahkamah Tinggi Singapura telah mengurangkan hukuman penjara Kong dari lapan tahun ke tiga tahun setengah pada awal April, dan telah menyatakan bahawa walaupun ianya mendapati bahawa pastor itu bersalah menyalahgunakan dana itu, ianya tidak percaya bahawa dia melakukannya dengan niat yang jahat. 

"Ini adalah situasi di mana... tidak melibatkan keuntungan peribadi pada pihak yang membuat rayuan," kata Hakim Chao Hick Tin, menurut Reuters.

"Mereka percaya bahawa tindakan mereka... akan akhirnya mengembangkan kepentingan CHC."

Kong yang telah mengasaskan CHC pada 1989, berkata bahawa dia bersyukur kerana Chao menyatakaan kepercayaan kepadanya dalam hal itu. 

"Saya bersyukur bahawa Mahkamah telah mendapati bahawa tidak pernah ada rancangan buruk atau jahat oleh mana-mana tertuduh untuk melesapkan dana gereja. Saya telah bertindak untuk kepentingan gereja, sesuatu yang juga diterima oleh Mahkamah, walaupun begitu saya menanggung tanggungjawab untuk cara di mana saya  telah berusaha menjayakan Projek Crossover dengan menggunakan dana pembangunan," dia mengatakan di Facebook. 

Ho, yang tidak didakwa dalam kes itu, telah memberi sokongan sepenuhnya kepada suaminya, dengan kedua-dua mereka melawat beberapa negara di Asia tahun lepas dalam satu jelajah penginjilan. 

Kong merenung bahawa dalam tujuh tahun yang lepas, iaitu tempoh dakwaaan dan proses mahkamah yang telah dilaluinya, adalah "tersangat mencabar" untuk keluarganya.

"Saya tersangat sedih kerana terpaksa meninggalkan keluarga dan gereja saya, dan rindu untuk bertemu mereka lagi selepas menjalani hukuman saya. Bagaimanapun, saya bersedia untuk menerima apa akan datang dengan damai dan kasih karunia Tuhan di hati saya," katanya dalam satu kenyataan.

"Akhirnya dan paling penting, kepada ahli-ahli City Harvest Church dan keluarga tersayang, terima kasih untuk kasih, doa dan sokongan kamu yang tidak pernah berubah. Saya memohon maaf kerana menyebabkan kamu melalui keadaan yang menyakitkan ini. Saya akan sangat merindui kamu. Kamu akan selalu dalam ingatan dan doa saya."

(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel The Christian Post bertajuk, "Pastor Kong Hee Ready For Prison, Pleads Forgivenesss For 'Unwise Decisions, Mistakes'" yang ditulis oleh Stoyan Zaimov brtarikh 20 April 2017)