Isnin, 24 April 2017

Senarai Pengerusi Christian Federation of Malaysia (CFM)

ASAL-USUL CFM

Christian Federation of Malaysia (CFM) telah dibentuk pada 6 Februari 1985 dan telah didaftarkan pada 14 Januari 1986. 

Penubuhannya telah memenuhi aspirasi gereja-gereja agar diwujudkan satu badan kebangsaan di mana suara bersatu umat Kristian dapat dikemukakan mengenai isu-isu nasional. 

Pembentukan CFM adalah keputusan yang belum pernah dilakukan dan adalah tindakan iman Gereja sambil ianya membawa bersama tiga aliran utama Kristian di Malaysia - Gereja Roman Katolik, dan gereja-gereja yang bernaung di bawah Council of Churches of Malaysia dan di bawah National Evangelical Christian Fellowship (NECF).

Pengerusi pertama CFM adalah Biskop Katolik Pulau Pinang, Rt. Reverend Antony Selvanayagam.

AHLI-AHLI KOMPONEN CFM

CFM terdiri daripada tiga badan kebangsaan yang terdiri daripada:


Secara gabungan mereka mewakili 2.62 juta orang-orang Kristian yang merupakan kira-kira 9.2% daripada populasi Malaysia yang berjumlah 28.3 juta (Laporan Banci 2010).

Daripada jumlah ini lebih daripada 60% orang-orang Kristian adalah berbahasa Malaysia dan terdapat kebanyakannya di Sabah dan Sarawak dan juga di Semenanjung Malaysia.

CFM hari ini mewakili lebih daripada 90% gereja-gereja di Malaysia.

SENARAI PENGERUSI CFM DARI 1985 HINGGA KINI:



(Sumber: Artikel Christian Fellowship of Malaysia bertajuk, "About Us" bertarikh 23 Februari 2017 dan artikel "CFM - 30th Anniversary Dinner Magazine" bertarikh 27 April 2015)