KUALA LUMPUR: Penyiasatan ke atas kes Pastor Raymond Koh menunjukkan bahawa penculikannya mungkin berkaitan dengan usahanya untuk menyebarkan agama Kristian di utara Malaysia.
Telah dimaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh beberapa individu yang mendakwa bahawa Koh dan dua orang lagi telah pergi ke Kangar, Perlis pada 19 Januari dan 20 Januari untuk mempengaruhi sekumpulan pemuda-pemudi untuk memeluk Kristian.
Sewaktu dihubungi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan telah menerima laporan itu.
"Kami menerima laporan mengenainya (Koh) dan beberapa orang lagi dalam cubaan menyebarkan agama Kristian di bahagian utara negara.
"Kami sedang memeriksa dengan serius dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya sewaktu dihubungi semalam.
Ketua Polis itu mengatakan bahawa laporan polis itu juga dianggap sebagai satu petunjuk dalam penculikan Koh.
"Keutamaan kita adalah untuk mengesannya secepat mungkin," katanya, sambil menambah bahawa mereka sedang mengkaji dari semua sudut.
Ketua Polis itu mengatakan bahawa laporan polis itu juga dianggap sebagai satu petunjuk dalam penculikan Koh.
"Keutamaan kita adalah untuk mengesannya secepat mungkin," katanya, sambil menambah bahawa mereka sedang mengkaji dari semua sudut.
Sebelum ini, Khalid telah mengingatkan semua pihak untuk tidak membuat spekulasi mengenai penculikan Koh oleh kerana maklumat palsu mungkin akan menjejaskan siasatan.
Pada 13 Februari, Koh telah diculik dari keretanya oleh sekumpulan lelaki di Jalan SS4B/10, Petaling Jaya.
Rakaman CCTV yang dipercayai berkaitan insiden itu telah muncul, menunjukkan sekurang-kurangnya 15 lelaki dan tiga kereta SUV hitam terlibat dalam penculikan itu.
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel The Star bertajuk, "Pastor May Have Been Abducted Because Of Conversion Attempt" yang ditulis oleh Farik Zolkepli bertarikh 6 April 2017)