Seorang jurufoto terkejut besar apabila anaknya yang tidak bercakap yang mengidap Down's Syndrome mengambil satu foto menakjubkan yang dipercayainya adalah malaikat pelindung anaknya.
Aasher Liles, yang berusia 7 tahun, yang dinamakan oleh ibu bapanya dengan A tambahan untuk mencerminkan kromosom tambahannya, telah mengambil foto itu dengan menggunakan telefon bimbit emaknya Kerri dalam penerbangan pulang ke Houston, Texas.
Apabila ibunya mengambil balik telefon itu, dan kemudian menyemak foto-foto yang telah diambil, dia merasa takjub dengan apa yang dilihatnya.
Puan Liles menulis di laman Facebooknya, "Semalam kami sedang terbang pulang dari Washington ke Houston dan anak lelaki saya yang berusia 7 tahun, yang baru-baru ini suka sangat mengambil gambar dengan telefon bimbit kami, ingin mengambil foto di luar tingkap selepas saya sendiri telah menyilang tangan di hadapannya untuk mengambil foto.
"Selepas dia ambil beberapa dozen foto, saya mengambil balik telefon itu dan kemudiannya menyemak imej-imej itu untuk memadamkannya kerana ruang simpanan dalam telefon saya sudah semakin kurang.
"Sambil saya memadamkan, saya menemukan satu foto ini lebih kurang di tengah-tengah semua foto-foto awan dan sayap kapalterbang yang diambilnya."
Aasher bergambar dengan kru televisyen sebelum wawancara TV mengenai foto malaikatnya |
Bercakap dengan Chron.com, dia menambah, "Kami sudah lama tahu bahawa Aasher memiliki kepekaan luar biasa terhadap keperluan orang lain. Samada untuk memberi pelukan atau senyuman, dia kelihatan tertarik kepada orang-orang yang asing yang memerlukan.
"Dia akan menunjukkan kepada kami bahawa dia melihat sesuatu dengan menudingkan jari dan mengepak-ngepakkan lengannya seperti sayap. Oleh itu kami tahu bahawa dia melihat malaikat-malaikat yang mengelilinginya.
"Saya percaya bahawa dia telah menangkap gambar malaikatnya di luar tingkap pada hari itu yang memberi kelegaan kepadanya selepas kapalterbang berlepas dengan kasar."