"Mengapakah," kata orang kaya itu kepada paderinya, "orang mengatakan saya kedekut sedangkan semua orang tahu bahawa bila saya mati, saya mewariskan segalanya kepada gereja?"
"Izinkan saya ceritakan kisah mengenai seekor babi dan lembu," kata paderi itu.
"Babi itu tidak popular manakala lembu itu disayangi. Itu menghairankan babi itu. 'Orang mengatakan mengenai sikapmu yang lembut dan matamu yang sayu," babi itu berkata kepada lembu. 'Mereka fikir kamu murah hati sebab setiap hari kamu memberi mereka susu dan krim.
Tapi bagaimana dengan aku? Aku beri mereka segala yang aku ada. Aku berikan bakon dan ham (daging paha salai). Aku berikan bulu untuk dibuat berus. Kakiku pun dijadikan jeruk! Tapi tak ada seorang pun yang suka aku. Kenapakah begitu?'"
"Tahukah kamu apa yang dijawab oleh lembu itu?" kata paderi itu. "Lembu itu berkata, 'Itu mungkin kerana aku memberi sewaktu aku masih hidup.'"
(Diterjemah daripada artikel Inspirational Stories bertajuk, "The Pig and The Cow")
(Diterjemah daripada artikel Inspirational Stories bertajuk, "The Pig and The Cow")