Aku rasa bersalah... Tuhan telah ingatkan aku untuk berdoa pagi ini, tapi aku sibuk dengan hal yang lain pula. Selepas lebih 20 minit, aku masih resah di hati. Aku kembali ke bilikku, duduk di katil dan mulai berdoa.
"Tuhan ampuni aku," ucapku. Aku merasa damai meliputiku... aku rasa hadirat-Nya bersamaku. Secara tiba-tiba aku menyedari bahawa inilah doa... iaitu suatu perbualan yang hidup dengan Tuhan.
Doa bukanlah suatu rutin atau tugas yang diamalkan. Ianya bukan sesuatu yang diulang-ulang tanpa makna. Doa itu perbualan... yang hidup dengan Tuhan,
Ianya ucapan yang ikhlas kepada Tuhan dari hatiku. Pada waktu yang sama, Tuhan juga akan berbicara kepadaku melalui Firman-Nya ketika aku datang sungguh-sungguh kepada-Nya.
Itulah doa sebenarnya...
"Berbicaralah, TUHAN, sebab hamba-Mu ini mendengar" (1 Sam 3:9)
"Berbicaralah, TUHAN, sebab hamba-Mu ini mendengar" (1 Sam 3:9)