Sabtu, 24 Jun 2017

Penghargaan Seorang Anak Kepada Ayahnya


Salah seorang daripada penginjil dan pastor terhebat dalam sejarah adalah Dwight L. Moody. Dia adalah seorang lelaki yang berprinsip teguh tanpa kompromi, tetapi dia juga adalah seorang bapa yang hebat.

Anak lelakinya, Willie melaporkan bahawa tidaklah pelik untuk Dwight L. Moody mendekati salah seorang anaknya yang sedang berbaring di katil pada lewat malam dan berkata sesuatu seperti ini, "Kamu masih belum tidur? Ayah tidak dapat tidur sehingga ayah bercakap dengan kamu. Ayah minta maaf kerana hilang sabar tadi."

Sebagai seorang remaja, Willie menulis penghargaan ini untuk ayahnya yang terkenal: "Anak-anak remaja lain memberitahu saya bahawa mereka tidak dapat pergi kepada ayah mereka dan bercakap dan berharap dapat difahami; mereka berkata mereka tidak dapat sebab ayah mereka 'sentiasa betul' dan mereka 'sentiasa salah.' Mereka tidak dapat bercakap dengan ayah mereka seperti saya dapat bercakap dengan kamu. Kamu sentiasa memahami. Tidak ada apa pun yang saya tidak dapat beritahu kamu."

(Diterjemah daripada catitan Facebook Kokkee Ng bertarikh 18 Jun 2017)