Khamis, 17 Ogos 2017

Gadis Filipina Dapat Hadiah Kotak Krismas Semasa Kecil Dari Budak Lelaki Amerika, Berkahwin Dengannya 14 Tahun Kemudian


Pernahkah anda mendengar mengenai Samaritan's Purse? Ianya adalah sekotak barangan hadiah yang diisi oleh kanak-kanak di Amerika Syarikat untuk dihantar kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di negara-negara seperti Filipina. Salah satu daripada kotak-kotak itu telah membuka laluan kepada sebuah kisah cinta yang kelihatannya seperti dari jalan cerita sebuah filem...

Segalanya telah bermula pada tahun 2000 apabila seorang Tyrel Wolfe yang masih muda dari Idaho telah mengisi sebuah kotak dengan barangan hadiah untuk Samaritan's Purse. Dia juga telah meletakkan sekeping foto dirinya dengan nama dan alamatnya tertulis di belakangnya.


Kotak itu ttelah sampai ke Filipina di mana ianya telah diterima Joana yang masih kecil 


Beberapa waktu kemudian, Joana Marchan telah cuba mengirimkan surat kepada Tyrel untuk mengucapkan terima kasih atas hadiahnya tetapi oleh sebab-sebab yang tidak diketahui surat itu tidak pernah sampai. Adakah ianya telah terhilang dalam perjalanan seperti kadang-kadang terjadi pada surat-surat yang lain?

Selepas bertahun-tahun, Joana yang kini sudah dewasa mula mencari Tyrel di Facebook - dan menemukannya! Tetapi Tyrel telah mengabaikan permintaan Joana untuk bersahabat selama berbulan-bulan. Akhirnya Tyrel telah menerima permintaan persahabatan itu dan mereka pun menjadi sahabat.

Tetapi apa yang telah bermula sebagai chatting antara dua kenalan yang bertemu secara kebetulan akan kemudiannya menjadi persahabatan dan kemudiannya pula bertukar menjadi percintaan. Tyrel mengambil keputusan untuk melawat Filipina dan di situlah mereka telah benar-benar jatuh cinta.

Joana mengaku bahawa dia menangis ketika mereka bertemu kerana dia dipenuhi suatu perasaan yang "mengkagumkan" apabila dia akhirnya dapat bertemu dengannya secara nyata.


Tetapi mereka tidak memikirkan bahawa kisah cinta mereka sebagai hanya satu kisah dua sahabat pena yang bertemu di internet. Tyrel percaya ianya adalah destini, bahawa Tuhan telah menyebabkan Joana mencari jalan bagi mereka untuk berhubung kerana mereka telah ditentukan untuk bersama.

Tontonlah video yang menyentuh hati ini:



(Diterjemahkan daripada artikel Rachfeed bertajuk, "Pinay Girl Who Received Christmas Box From American Boy As A Kid, Marries Him Fourteen Years Later" yang ditulis oleh Joy)