Rabu, 30 Ogos 2017

Minggu Ini Dalam Sejarah Kristian - Hari Penutupan Rapat Umum Besar-Besaran New York Oleh Billy Graham - 1 Sep 1957

Billy Graham berkhutbah di Rapat Umum New York pada 1957

Minggu ini menandakan ulangtahun hari penutupan rapat umum yang besar oleh Billy Graham di Bandaraya New York. 

Dianggap sebagai siri rapat umum yang terbesar dan terpanjangnya, Rapat Umum New York telah bertahan selama 16 minggu dan mencatitkan lebih kurang 2.3 juta para hadirin.

"Pada apa yang dirancangkan sebagai malam terakhir Rapat Umum itu (20 Julai 1957), 100,000 orang telah bersesak masuk ke Stadium Yankee untuk mendengar Billy Graham berkhutbah. Pada waktu itu, ianya adalah kehadiran terbesar dalam sejarah stadium itu," begitu dinyatakan oleh Billy Graham Evangelistic Association.

Billy Graham berkhutbah di New York pada 1957

"Kerana sambutan popular, Rapat Umum New York telah diperpanjangkan sehingga  1 September 1957. Hampir 2.4 juta orang menghadiri kebaktian-kebaktian itu dan lebih daripada 61,000 orang membuat keputusan untuk Kristus."

Selepas rapat umum 1957 itu, Billy Graham telah berulangkali kembali ke New York, termasuk pada 1960, 1969, 1970 dan 1991. 

(Diterjemahkan daripada artikel The Christian Post Bertajuk, "Billy Graham Concludes Major New York Crusade - Sept 1, 1957" yang ditulis oleh Michael Gryboski bertarikh 27 Ogos 2017)